Saturday, 16 November 2013

MASIH ADA SINAR

Perkara yang semakin hari semakin dilupakan
Tentang kenangan silam yang mencengkam perasaan
Berkisahkan seorang wanita lembut yang tabah mengharungi kehidupan
Demi membesarkan cahaya hati tersayang
Walau seribu keperitan yang datang
Tidak juga membuatkan dia rebah atau tumbang
Tetap tabah mencari nafkah yang perlu disediakan
Tapi hari demi hari
Si anak semakin lupa erti pengorbanan
Apatah lagi rengekan kelaparan
Hari ini semuanya telah berubah
Cahaya hati yang dulunya ditatang
Kini sudah besar panjang
Wanita itu pula semakin berusia
Tapi hidupnya tidak juga semakin senang
Ujian demi ujian yang datang
Sentiasa menguji kesabaran
Mujurlah kehadiran si cilik menambah seri kehidupan
Disaat permata lain berjauhan
Sikapnya cukup memenatkan
Tapi wanita itu tidak jua keletihan
Walau tanpa kehadiran seorang insan yang diharapkan dapat meringankan beban
Pernah dulu hadirnya seseorang bagaikan bintang
Berkelipan di waktu malam
Sekejap ada sekejap hilang
Sampailah satu saat
dia terus padam dari pandangan
Tidak ada yang diharapkan
Selain kebahagiaan seorang insan malang
Ingin ku beri sedikit kesenangan
Walau ku tahu ia tidak dapat membeli sebuah pengorbanan
Suka kukuh bersarang
Ramai yang kata puterinya juga mewarisi kehebatan
Lembut tapi kental dalaman
Ujian yang datang dijadikan batu loncatan
Untuk menggapai sebuah kejayaaan
Hidupnya mungkin tidak seindah seperti orang bayangkan
Tapi nikmat yang ada cuba dizahirkan
Bukan untuk berlagak atau mengikut arus pemodenan
Tapi hanya ingin merasa hidup seperti orang kebanyakan
Tidak akan dilupakan mana asalnya datang
Kenangan silam tetap kukuh digenggam
Agar menjadi sebuah pengajaran
Kesilapan yang sama tidak akan diulang
Cukuplah seorang wanita menjadi penyasaran
Persediaan rapi cuba  diaturkan
Untuk melayari bahtera kebahagiaan
Ingin dilahirkan pejuang-pejuang islam
Yang kental dalam berurusan
Apa yang kukuh tersemat
“anak-anak yang hebat lahirnya daripada seorang ibu yang hebat”
Apatah lagi jika hadirnya Seorang pendamping setia
Maka lahirlah putera puteri  yang akan menggongcangkan alam
Ayuh bermulanya sekarang Kita ciptakan bahagia
Sampai saatnya datang
Untuk kita sebarkan bersama
Dalam sebuah perkahwinan
Yang penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Masih ada sinar untuk kita harapkan.

Satu rasa!

                      
Satu rasa!
Cinta adalah satu perasaan indah yang mampu dimiliki oleh semua orang.Dan dimana terciptannya cinta disitu rindu bermula[lirik lagu].Cinta itu hadir dengan lahirnya sebab dan hilang dengan hilangnya sebab.Sebagai contoh  seorang jejaka menyintai seorang wanita kerana terpesona dengan kecantikannya.Disebabkan kecantikan si teruna terus lemah.Dikatakan itulah cinta pandang pertama.Bergetar jiwa ketika bertembung mata.Padahal itu hanyalah dijadikan terasa indah pada pandangan manusia  yang sering terperdaya dengan tawaran dunia.Jangan kamu mencintai seseorang kerana sebab yang tidak kekal.Pasti cinta itu akan hilang apabila tiba hari mendatang.Tapi cintailah seseorang dengan ikhlas kerana Allah sebabnya hanya Allah sahaja yang bersifat kekal.
                                       
Kasih manusia sering bermusim ,
Sayang manusia tiada abadi,
Kasih tuhan tiada bertepi,
Sayang tuhan janjinya pasti...[lirik lagu]
”Cintaku kerana agamamu.Jika hilang agama darimu maka hilanglah cintaku padamu”Cintailah seseorang kerana agama yang ada padanya nescaya kamu akan beruntung.
Apa guna berwajah kacak kalau baca Al-quran pun merangkak-rangkak
Apa guna berwajah cantik kalau pukul 10 pun tak celik-celik. .[petikan kata-kata novel tarbiyah].
                                                                  
Wahai remaja-remaja yang sarat dengan rasa cinta,salurkan cintamu itu pada jalan yang selayaknya.Jangan pernah mencintai insan yang tidak halal bagimu melebihi Allah dan Rasul.Jadilah mawar berduri yang tegas dalam menjaga diri.Perhatikan setiap gerak geri.Jangan sampai ada yang terusik hatinya mendengar bicara lembut sang bidadari.Wahai muslimah yang dikasihi,dirimu amat berharga.Hanya layak bagi yang dapat membezakan yang mana kaca dan yang mana permata.Lahirmu bukan untuk dipersia oleh mana-mana teruna.Tapi untuk dikasihi sepenuh jiwa.x0x0x0x0


Hidup bermaruah!
Assalamualaikum  sahabat-sahabat yang disayangi.
Semua kebaikan yang kita lakukan mestilah ikhlas kerana Allah.Hayatilah niat itu ke dalam hati dan bukan hanya dihafal dalam kepala.Sematkan dalam jiwa “keberkatan,akan kuburu sehabis daya”!setiap masa setiap detik dan setiap saat.Barulah kita lebih bermatlamat menjalani kehidupan seharian..Betul saya cakap  ni awak,,cubalah buat.:)
Dalam kita berbuat kebaikan jangan selalu berharap agar madu dibalas dengan madu.Dan jangan pula sedih seandainya madu dibalas dengan tuba.Sebenarnya kita sering sedih atau marah kerana ego dalam diri.Kerana rasa sentiasa betul dan kerana rasa hebat dengan diri sendiri bersarang rapi.Sebagai contoh seorang nurse berasa sangat sedih apabila dimarahi oleh seorang doktor walaupun dia tahu memang salahnya yang membuatkan doktor tersebut naik angin.Dirasakan maruahnya tercalar kerana dimarahi di hadapan pesakit.Tapi sebenarnya apa yang kita katakan maruah itu adalah ego yang bersarang dalam jiwa.Tidak pula saya katakan yang ego itu sesuatu yang tidak baik.Cuma apa yang ingin saya jelaskan di sini adalah maksud maruah yang sebenarnya yang perlu kita fahami.
Definisi maruah yang ingin saya kongsikan hari adalah harga diri kita dengan ALLAH.Bagaimana kita menjaga diri daripada terjebak dengan maksiat,bagaimana kita mempertahankan agama Allah,bagaimana kita menjadi hamba-Nya yang baik.Sekiranya kita menjaga diri kita di hadapan Allah,tidak timbul lagi isu maruah sesama manusia kerana Allah sudah menjaga maruah kita.[dipetik daripada buku padanya ada hikmah].
Walaupun kita dihina,dicaci kita tidak mudah untuk melenting  kerana apabila kita ada Allah dalam hati bermakna kita ada segala-galanya.Tapi memang sangat susah la nak buat tu.Bila ada orang bercakap kasar dengan saya pun dah cukup membuatkan saya sedih.Itulah satu lagi sifat yang saya kena kikis,,terlebih sensitif!Apatah lagi apabila ditengking.Takutnya.
Kesimpulannya sentiasalah bertanya pada diri maruah atau ego yang sebenarnya tercalar dalam setiap situasi sehari-hari.Dan selepas itu barulah putuskan wajarkan anda marah?wajarkan anda sedih?apakah tindakan yang sewajarnya diambil?.Ingat,keputusan bijak perlu diambil. Jangan biarkan orang lain terlalu mempengaruhi diri kita ya sahabat-sahabat.Kita adalah raja yang paling berkuasa  menentukan warna warni kehidupan kita.

Hem setakat ni jelah perkongsian saya pada kali ini.Tapi seperti yang saya pernah cakap,,lain orang lain definisi mereka tentang sesuatu perkara termasuklah mengenai perkataan ‘MARUAH’ itu sendiri.Assalamualaikum.
Siapakah Kita?
Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dimuliakan kerana Allah.
Alhamdulillah kerana Allah masih lagi mengurniakan kita pelbagai nikmat sehinggalah hari ini.
Tapi jangan pula nikmat Allah itu menjadikan kita semakin jauh dariNya.Teringat pula satu soalan yang diajukan oleh seorang pegawai polis  kepada seorang ustaz dalam rancangan TANYALAH USTAZ di TV 9.”Ustaz kenapakah orang yang  sentiasa bergelumang dengan maksiat dan dosa dilihat seolah-olah semakin ditinggikan darjatnya oleh Allah?Namanya semakin menjadi sebutan ,semakin tinggi dijulang?”Kalau sayalah diajukan soalan sedemikian sudah tentu ulasan panjang saya kemukakan.Tapi tidak bagi ustaz itu.Jawapannya cukup mudah.
”Kerana ALLAH sedang meninggikan tempatnya jatuh.”
SubhanAllah jawapan tersebut sangat membuatkan saya berfikir,,,,adakah saya juga tergolong dalam golongan manusia yang semakin ditinggikan tempatnya jatuh oleh Allah.Nauzubillah.
Wahai sahabat-sahabat,siapakah diri kita hari ini?
Adakah kita seorang hamba yang bersyukur?Adakah kita seorang yang menenangkan?adakah kita seorang yang penuh dengan hasad dengki?adakah kita semakin diselubungi aura-aura negatif????Siapakah kita? Awas!Anda adalah menentu siapakah diri anda.


Tapi walau siapapun diri kita pada hari ini,sebenarnya kita bermula dengan satu titik permulaan yang sama. Pada aslinya diri kita dahulu adalah hanya seorang bayi yang suci fitrahnya.Yang bebas dari dosa dan itulah diri kita yang sebenarnya.Tapi semakin kita membesar semakin banyak kepura-puraan yang menambah kepalsuan diri.Sedarkah kita yang kita ini sedang hidup dalam diri kita yang palsu?Sikap kita sering berubah dengan berubahnya persekitaran kita.Di rumah lain sikapnya.Apabila bersama rakan berubah lagi perangainya.Dan apabila bersama kekasih hati,bertambahlah topengnya.Wahai sahabat-sahabat kenapakah begitu jadinya?
Jawapannya tak lain tak bukan adalah kerana kita lebih mengambil kira penilaian manusia ke atas diri kita berbanding daripada penilaian Allah.Kita terlalu fokuskan kehidupan kita ini dalam mencari redha manusia.Matlamat memburu keberkatan ilahi  bukan lagi yang utama.Sebab itulah diri kita jadi bagaikan lalang yang ditiup angin di tengah padang.
Namun tidak salah jika kita ingin meraikan orang lain.Raikan semua orang dengan cuba lakukan apa yang mereka senangi.Tapi  dalam apapun yang kita lakukan sematkan dalam hati”keredhaan Allah akan kuburu sehabis daya”.Barulah niat dan tindakan kita tidak akan tersasar.
Oh ya satu lagi,siapakah diri kita?

Kita adalah apa yang kita fikir,kita adalah apa yang kita dengar,kita adalah apa yang kita baca  dan kita adalah apa yang kita pandang.Sebab itulah kita kena bijak memilih lagu apa yang kita nak dengar,cerita apa yang kita nak tonton,cara fikir macam mana yang nak kita fokuskan,buku apa yang kita nak baca dan sebagainya.Pokok pangkalnya semuanya bermula dengan KITA .

Tuesday, 29 October 2013

Demi masa

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dimuliakan kerana Allah.
Mengapa perkataan “MAAF TERLAMBAT” sangat sinonim dalam kalangan pelajar melayu?Pernah dulu ketika saya menghadiri interaktif dakwah trainning di USM,saya bertanyakan apakah sifat ketara yang perlu diubah oleh pelajar melayu di IPT kepada seorang sahabat muallaf(cina).Lalu dia menjawab “amat susah untuk berjumpa dengan pelajar melayu yang menepati masa”.Dishhh penumbuk sebijik!Hem memang sentap la jugak sposen saya mendengar jawapan tersebut.Tergambar khilaf diri yang selalu lewat pegi kelas time pre-med dulu..Sempat dia meminta maaf takut-takut saya terasa dengan jawapan tersebut.Tapi sebenarnya sebelum saya bertanya tu sudah tentu saya telah memesan pada diri agar berlapang dada dengan apa jua jawapan yang diberi.Alhamdulillah saya amat mengambil serius dengan jawapan tersebut dan cuba mempraktikkan dalam diri supaya menepati waktu.Prinsip baru yang saya pegang adalah biar awal asal jangan lewat!hehe tapi kadangkala terlewat juga.
Akan tetapi perkara yang agak menarik dengan manusia ni adalah setiap individu mendefinasikan perkataan lewat itu dengan maksud yang berbeza-beza.Apa yang saya maksudkan adalah,sebagai contoh seandainya kelas kami pada pukul 8 jadi kami perlu menaiki bas pada pukul tujuh.Bagi saya pukul 6.55 itu sudah agak lewat tapi tidak bagi sahabat saya.(kikiki matilah kalau syu baca entri ni) Baginya pukul 6.55 itu masih terlalu awal dan 7.15 adalah waktu yang ideal untuk turun sebab dia tahu bahawa ada bas yang kedua akan menunggu.Tapi bagi saya,saya telah terlewat seandainya saya terpaksa menaiki bas yang ke 2 walaupun kami akan sampai di kampus sebelum pukul 8.Beza kan!

Manusia zaman sekarang ni memang sangat suka mendefinisikan sesuatu berdasarkan pandangan mereka sendiri.Maka lahirlah maksud yang berbeza-beza walaupun perkataannya sama.Sebagai contoh lain adalah perkataan “bercinta”.Ada remaja mendefinisikan bercinta dengan  apabila sentiasa bermesej-mesej,keluar bersama dan sebagainya.Ada pula yang mendefinasikan bercinta dari sudut yang berbeza.Beza kan!Jadi,Imam Hassan Al-Banna apabila ditanya tentang hukum bercinta,beliau memberikan jawapan yang amat bijaksana iaitu”Bercinta secara halal itu halal.Bercinta secara haram itu haram.”Jelas menunjukkan yang  cara pelaksanaan kita itulah yang menentukan kita meletakkan cinta kita itu ke dalam kelompok yang mana..Sudah tentulah semua orang inginkan cinta high class yang meletakkan ALLAH nombor satu dalam hati kan..Jadi haruslah kita membezakan dengan jelas  apakah yang dimaksudkan dengan urusan dan apa pula yang dimaksudkan dengan alasanJ

Thursday, 17 October 2013

menjulang panji kemenangan!


Assalamualaikum wahai umat ISLAM  yang masih lagi tetap hatinya di jalan Allah.
Pernah dulu saya terfikir untuk berhenti daripada dakwah hanya kerana result yang tak berapa baik.Tapi alhamdulillah sampai hari ini Allah masih pinjamkan saya semangat yang jitu untuk terus menegakkan agama-NYA dengan  sisa-sisa kudrat yang ada.Setinggi kesyukuran dipanjatkan kerana masih lagi menjadi insan terpilih dalam menyebarkan keindahan Islam.Alhamdulillah.........Hemmm,masa keputusan dikeluarkan dulu, saya fikir dengan aktif dalam aktiviti dakwahlah  menyebabkan saya hilang fokus untuk belajar seterusnya result menurun dengan sangat teruk.Pernah juga saya fikir dengan berusrah telah mengurangkan masa saya untuk belajar.Astaqfirullahhalazim...Kenapalah begitu?
 Tapi Kini, saya jelas biarpun sibuk dengan dakwah tapi kita tetap boleh berjaya.Bahkan lebih berjaya daripada individu yang hanya fokus kepada pelajaran  sahaja.Tapi kita perlu ingat walaupun dakwah itu nombor satu tapi belajar juga tidak boleh jatuh ke tangga nombor dua.Umat Islam adalah umat yang hebat dari setiap sudut.Jadi kita mestilah berusaha untuk menguasai sebanyak mana Ilmu kerana hanya dengan Ilmu kita akan dipandang tinggi.Dakwah pula adalah kewajipan setiap individu muslim.Jadi,mana mungkin kita tiada masa untuk melaksanakan  perkara yang Allah suruh.Hanya dengan melaksanakan apa yang Allah suruh dan menghindari apa yang Allah larang sahaja boleh membawa kita kepada kejayaan dunia dan akhirat.Hanya dengan jalan hidup yang Islam anjurkan kita tidak akan sesat.Islam tidak pernah merendahkan kita bahkan tidak akan merendahkan sesiapa.Jadi berbanggalah kamu dengan Islam yang ada pada diri kerana itulah nikmat yang paling besar.Akan tetapi  jika kamu gagal,itu adalah salah diri kamu sendiri atau mungkin ia satu ujian dari Allah yang mampu kita tanggung.
Apa yang ingin saya tegaskan di sini adalah kita perlu bijak seimbangkan antara dakwah dan pelajaran.Utamakan yang mana lebih penting dalam setiap keadaan.Fahamilah prinsip aulawiyat yang dianjurkan Islam.Sebagai contoh,kita mungkin boleh perlahankan sedikit aktiviti dakwah apabila musim peperiksaan semakin hampir agar kita lebih fokus.Just take some rest and study but do not quit!Selain itu,kita juga perlu menguruskan masa dengan bijak.Ingatlah bahawa ramai remaja rosak kerana terlalu banyak masa lapang.Hargailah setiap detik kerana ketahuilah perkara yang paling jauh adalah masa lampau.Untuk menjadi seorang dai’ juga kita mestilah mempunyai kekuatan rohani yang mantap.Cubalah dan usahalah sehabis daya untuk istiqamah dalam beribadat.Nikmatnya apabila kita mampu menanggalkan selimut di malam yang dingin tatkala orang lain sedang nyenyak dibuai mimpi.Pastikan kitalah insan terpilih dalam kalangan ramai-ramai orang untuk bangun menitiskan air mata menginsafi dosa-dosa semalam di tikar sejadah.Sesungguhnya dengan tahajjut akan meninggikan darjat kamu.
Akhir kata,Islam adalah agama yang paling tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripada Islam.Marilah kita bersama-sama menyebarkan keindahan Islam ini agar sampai kepada semua orang.Ayuh ciptakan bahagia dan sebarkan bahagia.
Sekian,assalamualaikum.
~alangkah baiknya jika saya boleh sebarkan semangat saya yang membara saat ini kepada anda semua

Friday, 19 July 2013

SAYA SEORANG PEJUANG ISLAM

Assalamualaikum..
alhamdulillah dah habis pun final..tapi selagi saya bergelar seorang pelajar insyaallah situasi yang sama pasti akan berulang lagi.Oleh sebab itu berusahalah untuk perkara yang seterusnya setelah selesai sesuatu perkara.
Minggu exam adalah minggu yang paling xbest sebabnya belajar adalah fokus utama.Tapi kalau bukan minggu exam,hah semua program saya nak pegi!!
Jadi habis je exam tadi, petang tu terus pegi satu program ni.Alhamdulillah sangat bermanfaat  setelah lama tak dengar apa2 pengisian.Kalau diikutkan hati rasa nak tido je cover balik yang tido lewat masa exam tu tapi keinginan yang kuat akan mengatasi apa yang menghalang..Alhamdulillah hari ni nafsu nak tido berjaya dikalahkan dan ceramah yang bertajuk "Ramadhan di sisi pejuang Islam" menjadi santapan nurani...

Bila kita kata "pejuang",,bermaksud orang yang sedang berjuang mempertahankan sesuatu la kan.Jadi orang yang berjuang ni sudah pasti la nak menang,nak capai matlamat mereka..Tapi perlu diingat,Sehebat mana pun kita berusaha tapi hanya Allah yang mampu memberi kemenangan..Seorang pejuang sudah pasti memerlukan kondisi tubuh badan yang baik supaya mampu bergerak aktif untuk berdakwah.Jadi, jagalah kesihatan supaya kita mampu memenuhi salah satu daripada 10 muwasafat tarbiyah iaitu sihat tubuh badannya..Selain itu kita juga perlu membuat pemeriksaan kesihatan  selalu supaya kita peka dengan tahap kesihatan diri.Kita juga perlu membuat senaman yang menguatkan stamina seperti berenang dan sebagainya.Pendakwah bukan kena berdakwah je tau tapi kena bersenam jugak.

Manusia ini terdiri daripada dua elemen utama iaitu roh dan jasad.Kalau tiada roh tidak pula kita dipanggil manusia sebab dah jadi mayat la nampaknya.Kalau tak de jasad pula??hantu la kot.huahuahua.
Ketahuilah pemakanan kita amat berkait rapat dengan pembentukan jasad kita.Jangan kita terlebih memberi makan kepada jasad sebab nanti roh kita yang akan sakit.Sedangkan seorang pejuang itu mestilah mempunyai kekuatan roh dan jasad..
Apabila jasad terlebih diberi makan,maka mulalah kita xde kekuatan untuk beribadat.Terawih yang sepatutnya ditunggu-tunggu untuk dirasai manisnya beribadat dirasakan tersangat lama.Kesian sahabat2 kepada diri kita yang solat tapi tak rasa manisnya solat itu sendiri.Begitu juga bagi yang berpuasa tetapi tak rasa manisnya puasa.Hanya lapar dan dahaga sahaja yang diperolehi..Ibaratnya orang yang demam makan nasi dengan lauk yang sedap2 tapi dia tak dapat rasa sedapnya makanan tu sebab dia sedang sakit.Jadi jangan biarkan hati kita sakit supaya kita dapat merasai manisnya iman.

Hem,,dah 10 hari Ramadhan menyapa  dan kemuncaknnya berada di hadapan kita.Mampukah kita wahai teman2 nak daki puncaknya seandainya kita masihpun lagi belum cuba untuk mendaki?Bermula malam pertama sehingga malam ke 10 ni,,pernahkah kita cuba bangun Qiamullai??Kalau belum pernah,mampu atau tidak kita nak bangun bermunajat di malam2 10 terakhir nanti?Tepuk dada tanya iman.

Sekian,,Sedarlah wahai sahabat-sahabat yang kita semua adalah pejuang Islam!!