Thursday, 17 October 2013

menjulang panji kemenangan!


Assalamualaikum wahai umat ISLAM  yang masih lagi tetap hatinya di jalan Allah.
Pernah dulu saya terfikir untuk berhenti daripada dakwah hanya kerana result yang tak berapa baik.Tapi alhamdulillah sampai hari ini Allah masih pinjamkan saya semangat yang jitu untuk terus menegakkan agama-NYA dengan  sisa-sisa kudrat yang ada.Setinggi kesyukuran dipanjatkan kerana masih lagi menjadi insan terpilih dalam menyebarkan keindahan Islam.Alhamdulillah.........Hemmm,masa keputusan dikeluarkan dulu, saya fikir dengan aktif dalam aktiviti dakwahlah  menyebabkan saya hilang fokus untuk belajar seterusnya result menurun dengan sangat teruk.Pernah juga saya fikir dengan berusrah telah mengurangkan masa saya untuk belajar.Astaqfirullahhalazim...Kenapalah begitu?
 Tapi Kini, saya jelas biarpun sibuk dengan dakwah tapi kita tetap boleh berjaya.Bahkan lebih berjaya daripada individu yang hanya fokus kepada pelajaran  sahaja.Tapi kita perlu ingat walaupun dakwah itu nombor satu tapi belajar juga tidak boleh jatuh ke tangga nombor dua.Umat Islam adalah umat yang hebat dari setiap sudut.Jadi kita mestilah berusaha untuk menguasai sebanyak mana Ilmu kerana hanya dengan Ilmu kita akan dipandang tinggi.Dakwah pula adalah kewajipan setiap individu muslim.Jadi,mana mungkin kita tiada masa untuk melaksanakan  perkara yang Allah suruh.Hanya dengan melaksanakan apa yang Allah suruh dan menghindari apa yang Allah larang sahaja boleh membawa kita kepada kejayaan dunia dan akhirat.Hanya dengan jalan hidup yang Islam anjurkan kita tidak akan sesat.Islam tidak pernah merendahkan kita bahkan tidak akan merendahkan sesiapa.Jadi berbanggalah kamu dengan Islam yang ada pada diri kerana itulah nikmat yang paling besar.Akan tetapi  jika kamu gagal,itu adalah salah diri kamu sendiri atau mungkin ia satu ujian dari Allah yang mampu kita tanggung.
Apa yang ingin saya tegaskan di sini adalah kita perlu bijak seimbangkan antara dakwah dan pelajaran.Utamakan yang mana lebih penting dalam setiap keadaan.Fahamilah prinsip aulawiyat yang dianjurkan Islam.Sebagai contoh,kita mungkin boleh perlahankan sedikit aktiviti dakwah apabila musim peperiksaan semakin hampir agar kita lebih fokus.Just take some rest and study but do not quit!Selain itu,kita juga perlu menguruskan masa dengan bijak.Ingatlah bahawa ramai remaja rosak kerana terlalu banyak masa lapang.Hargailah setiap detik kerana ketahuilah perkara yang paling jauh adalah masa lampau.Untuk menjadi seorang dai’ juga kita mestilah mempunyai kekuatan rohani yang mantap.Cubalah dan usahalah sehabis daya untuk istiqamah dalam beribadat.Nikmatnya apabila kita mampu menanggalkan selimut di malam yang dingin tatkala orang lain sedang nyenyak dibuai mimpi.Pastikan kitalah insan terpilih dalam kalangan ramai-ramai orang untuk bangun menitiskan air mata menginsafi dosa-dosa semalam di tikar sejadah.Sesungguhnya dengan tahajjut akan meninggikan darjat kamu.
Akhir kata,Islam adalah agama yang paling tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripada Islam.Marilah kita bersama-sama menyebarkan keindahan Islam ini agar sampai kepada semua orang.Ayuh ciptakan bahagia dan sebarkan bahagia.
Sekian,assalamualaikum.
~alangkah baiknya jika saya boleh sebarkan semangat saya yang membara saat ini kepada anda semua

No comments:

Post a Comment