Saturday, 16 November 2013

Hidup bermaruah!
Assalamualaikum  sahabat-sahabat yang disayangi.
Semua kebaikan yang kita lakukan mestilah ikhlas kerana Allah.Hayatilah niat itu ke dalam hati dan bukan hanya dihafal dalam kepala.Sematkan dalam jiwa “keberkatan,akan kuburu sehabis daya”!setiap masa setiap detik dan setiap saat.Barulah kita lebih bermatlamat menjalani kehidupan seharian..Betul saya cakap  ni awak,,cubalah buat.:)
Dalam kita berbuat kebaikan jangan selalu berharap agar madu dibalas dengan madu.Dan jangan pula sedih seandainya madu dibalas dengan tuba.Sebenarnya kita sering sedih atau marah kerana ego dalam diri.Kerana rasa sentiasa betul dan kerana rasa hebat dengan diri sendiri bersarang rapi.Sebagai contoh seorang nurse berasa sangat sedih apabila dimarahi oleh seorang doktor walaupun dia tahu memang salahnya yang membuatkan doktor tersebut naik angin.Dirasakan maruahnya tercalar kerana dimarahi di hadapan pesakit.Tapi sebenarnya apa yang kita katakan maruah itu adalah ego yang bersarang dalam jiwa.Tidak pula saya katakan yang ego itu sesuatu yang tidak baik.Cuma apa yang ingin saya jelaskan di sini adalah maksud maruah yang sebenarnya yang perlu kita fahami.
Definisi maruah yang ingin saya kongsikan hari adalah harga diri kita dengan ALLAH.Bagaimana kita menjaga diri daripada terjebak dengan maksiat,bagaimana kita mempertahankan agama Allah,bagaimana kita menjadi hamba-Nya yang baik.Sekiranya kita menjaga diri kita di hadapan Allah,tidak timbul lagi isu maruah sesama manusia kerana Allah sudah menjaga maruah kita.[dipetik daripada buku padanya ada hikmah].
Walaupun kita dihina,dicaci kita tidak mudah untuk melenting  kerana apabila kita ada Allah dalam hati bermakna kita ada segala-galanya.Tapi memang sangat susah la nak buat tu.Bila ada orang bercakap kasar dengan saya pun dah cukup membuatkan saya sedih.Itulah satu lagi sifat yang saya kena kikis,,terlebih sensitif!Apatah lagi apabila ditengking.Takutnya.
Kesimpulannya sentiasalah bertanya pada diri maruah atau ego yang sebenarnya tercalar dalam setiap situasi sehari-hari.Dan selepas itu barulah putuskan wajarkan anda marah?wajarkan anda sedih?apakah tindakan yang sewajarnya diambil?.Ingat,keputusan bijak perlu diambil. Jangan biarkan orang lain terlalu mempengaruhi diri kita ya sahabat-sahabat.Kita adalah raja yang paling berkuasa  menentukan warna warni kehidupan kita.

Hem setakat ni jelah perkongsian saya pada kali ini.Tapi seperti yang saya pernah cakap,,lain orang lain definisi mereka tentang sesuatu perkara termasuklah mengenai perkataan ‘MARUAH’ itu sendiri.Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment