Saturday 22 November 2014

BLOG YANG DAH BERHABUK..

Assalamualaikum..
Ya Allah dah berdebu dan berhabuk dah barangkali blog aku nie.Lama sungguh dah tak jenguk..entah apa khabar agaknya masihadasinar nie..ke dah tak bersinar..kui3
Tak tahu kenapa,tetiba malam ni rasa macam rugi kalau aku tak tulis apa yang berlaku dalam kehidupan seharian aku sekarang.Kalau tak tulis konfem aku akan lupa apa yang dah berlaku.Dan tak dapat la nak korek balik nanti pengajaran2 dan pengalaman daripada peristiwa2 itu.

Ya Allah kenapalah aku rasa hidup aku ni terlalu sibuk?Nama je duk KL tapi macam sama je dgn time duduk kulim dan kepala batas..Langsung x berkembang.Boleh kata xpenah pegi mana2..eh2 bukanlah xpenah tapi jarang sangat2.Bukanlah maksud aku nak keluar pegi berfoya2 tapi at least jalan la tengok dunia sikit mak cik oiii..Aku ni sebenarnya sibuk dengan apebende hah?aku pun x tahu tapi aku rasa banyak sangat benda nak kena buat.Kepala ni berserabut!!!

Ehm,,even tahu banyak keje tapi semua keje macam xde progress je.Satu kelemahan aku yang aku dapat detect adalah suka menangguhkan kerja.Dan lagi dasyat aku suka buat kerja yang tak penting dulu..eh2 bukanlah x penting tapi tak segera.Kalau benda yang segera tu aku suka buat last minute.Terok kan,,ehm tapi susah la nak ubah..Contohnya lah kan,,kalau nak exam aku suka tinggal part drugs2 yang kena hafal tu last skali..Kononnya la kalau hafal last minute lagi cepat la aku boleh ingt sebab time tu mood exam tersangat lah membara..Tapi kebiasaannya mesti aku end up dengan langsung xsempat nk hafal semua drugs2 tu..Ehm tinggal seminggu je lagi nak EOM respiratory..Aku nie masih duk pening2 part fisio..part lain entah kemana..Harap2 la sempat nk cover semua.ehm okeylah .Harap lepas ni aku rajin nk update  blog ni .bye assalamualaikum.

Tuesday 23 September 2014

Bahagiakan dirimu

Bahagia membahagiakan.!
Cukup indah jika hidup diselubungi bahagia.Tanpa ada mehnah yang mengurangkan rasa  di jiwa.Mengapa ramai di antara kita memilih untuk hidup derita.Sedangkan bahagia tersedia di depan mata.Carilah keseronokan dalam apa jua apa  kita lakukan sebabnya jika kita membuat sesuatu tanpa keseronokan ianya pasti bertukar menjadi satu bebanan.Contohnya sebagai seorang pelajar, tanggungjawab kita adalah mencari ilmu.Bersama  kita sematkan yang belajar itu seronok .Rasailah kelazatan ilmu yang lazatnya mengalahkan KFC di Kailan..hihi jadi jangan malas-malas baca buku ya sahabat-sahabat.Dokter Fidel kata medical students kena baca buku sekurang-kurangnya 6 jam setiap hari..Jangan kata kita tiada masa untuk itu kerana ramai orang yang mampu melakukannya jadi mengapa tidak kita??Kebahagiaan akan lahir daripada rasa seronok dalam melakukan sesuatu.Ciptakan bahagia dalam menggali ilmu yang luasnya seluas lautan..
Selain daripada itu, bahagia tidak mungkin dapat dirasai bagi individu yang membiarkan sifat-sifat mazmumah bersarang kukuh dalam jiwa.Ayuh berusaha untuk mengikis sebanyak mungkin  sifat-sifat keji dalam diri supaya tersimpan ruang dalam hati kita untuk menciptakan bahagia.Janganlah terlalu mementingkan pandangan orang terhadap diri kita kerana cukup susah untuk memuaskan hati semua orang.Letakkan pandangan ALLAH sebagai penilaian nombor satu.Suka saya kongsikan rutin saya setiap pagi.Akan saya letakkan tangan pada dada sebelum keluar dari rumah dan berpesan pada diri apa matlamat hidup hari ini.Sebagai contoh,”wahai hati hari ni aku nak berakhlak dengan akhlak wanita solehah,nak tundukkan pandangan dan menjaga tutur bicara”.Tapi walaupun sudah penat memesan pada hati,tetap juga dia ingkar pada kehendak diri.Sering berbolak balik tidak lama selepas itu.Terlupa sudah matlamat yang ingin dicapai.Jadi istighfarlah dan pesan lagi pada hati agar ia kukuh tersemat dalam jiwa.

Bahagia itu ada setiap hari.Tidak kira di mana jua kita berada.Ia hanya dirasai oleh hati-hati yang mencari.Dengan petunjuk yang hakiki.Usah ragu atau sangsi.Setiap orang berhak untuk bahagia.Tidak perlulah mencari emas sebaldi.Cukuplah hiasi diri dengan sifat terpuji.Kebahagiaan pasti anda miliki..Usah mengharap kebahagiaan itu diberi.Tapi mulakan dengan menciptanya dalam diri.ayuh ciptakan bahagia dan sebarkan bahagia.Hanya orang yang bahagia dapat membahagiakan orang lain dan samalah juga hanya orang yang tenang dapat menenangkan.Ingin saya terapkan sebanyak mungkin sifat-sifat positif dalam diri supaya saya mampu menjadi sumber kekuatan pada orang lain.Insyaallah.

Saturday 16 November 2013

MASIH ADA SINAR

Perkara yang semakin hari semakin dilupakan
Tentang kenangan silam yang mencengkam perasaan
Berkisahkan seorang wanita lembut yang tabah mengharungi kehidupan
Demi membesarkan cahaya hati tersayang
Walau seribu keperitan yang datang
Tidak juga membuatkan dia rebah atau tumbang
Tetap tabah mencari nafkah yang perlu disediakan
Tapi hari demi hari
Si anak semakin lupa erti pengorbanan
Apatah lagi rengekan kelaparan
Hari ini semuanya telah berubah
Cahaya hati yang dulunya ditatang
Kini sudah besar panjang
Wanita itu pula semakin berusia
Tapi hidupnya tidak juga semakin senang
Ujian demi ujian yang datang
Sentiasa menguji kesabaran
Mujurlah kehadiran si cilik menambah seri kehidupan
Disaat permata lain berjauhan
Sikapnya cukup memenatkan
Tapi wanita itu tidak jua keletihan
Walau tanpa kehadiran seorang insan yang diharapkan dapat meringankan beban
Pernah dulu hadirnya seseorang bagaikan bintang
Berkelipan di waktu malam
Sekejap ada sekejap hilang
Sampailah satu saat
dia terus padam dari pandangan
Tidak ada yang diharapkan
Selain kebahagiaan seorang insan malang
Ingin ku beri sedikit kesenangan
Walau ku tahu ia tidak dapat membeli sebuah pengorbanan
Suka kukuh bersarang
Ramai yang kata puterinya juga mewarisi kehebatan
Lembut tapi kental dalaman
Ujian yang datang dijadikan batu loncatan
Untuk menggapai sebuah kejayaaan
Hidupnya mungkin tidak seindah seperti orang bayangkan
Tapi nikmat yang ada cuba dizahirkan
Bukan untuk berlagak atau mengikut arus pemodenan
Tapi hanya ingin merasa hidup seperti orang kebanyakan
Tidak akan dilupakan mana asalnya datang
Kenangan silam tetap kukuh digenggam
Agar menjadi sebuah pengajaran
Kesilapan yang sama tidak akan diulang
Cukuplah seorang wanita menjadi penyasaran
Persediaan rapi cuba  diaturkan
Untuk melayari bahtera kebahagiaan
Ingin dilahirkan pejuang-pejuang islam
Yang kental dalam berurusan
Apa yang kukuh tersemat
“anak-anak yang hebat lahirnya daripada seorang ibu yang hebat”
Apatah lagi jika hadirnya Seorang pendamping setia
Maka lahirlah putera puteri  yang akan menggongcangkan alam
Ayuh bermulanya sekarang Kita ciptakan bahagia
Sampai saatnya datang
Untuk kita sebarkan bersama
Dalam sebuah perkahwinan
Yang penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Masih ada sinar untuk kita harapkan.

Satu rasa!

                      
Satu rasa!
Cinta adalah satu perasaan indah yang mampu dimiliki oleh semua orang.Dan dimana terciptannya cinta disitu rindu bermula[lirik lagu].Cinta itu hadir dengan lahirnya sebab dan hilang dengan hilangnya sebab.Sebagai contoh  seorang jejaka menyintai seorang wanita kerana terpesona dengan kecantikannya.Disebabkan kecantikan si teruna terus lemah.Dikatakan itulah cinta pandang pertama.Bergetar jiwa ketika bertembung mata.Padahal itu hanyalah dijadikan terasa indah pada pandangan manusia  yang sering terperdaya dengan tawaran dunia.Jangan kamu mencintai seseorang kerana sebab yang tidak kekal.Pasti cinta itu akan hilang apabila tiba hari mendatang.Tapi cintailah seseorang dengan ikhlas kerana Allah sebabnya hanya Allah sahaja yang bersifat kekal.
                                       
Kasih manusia sering bermusim ,
Sayang manusia tiada abadi,
Kasih tuhan tiada bertepi,
Sayang tuhan janjinya pasti...[lirik lagu]
”Cintaku kerana agamamu.Jika hilang agama darimu maka hilanglah cintaku padamu”Cintailah seseorang kerana agama yang ada padanya nescaya kamu akan beruntung.
Apa guna berwajah kacak kalau baca Al-quran pun merangkak-rangkak
Apa guna berwajah cantik kalau pukul 10 pun tak celik-celik. .[petikan kata-kata novel tarbiyah].
                                                                  
Wahai remaja-remaja yang sarat dengan rasa cinta,salurkan cintamu itu pada jalan yang selayaknya.Jangan pernah mencintai insan yang tidak halal bagimu melebihi Allah dan Rasul.Jadilah mawar berduri yang tegas dalam menjaga diri.Perhatikan setiap gerak geri.Jangan sampai ada yang terusik hatinya mendengar bicara lembut sang bidadari.Wahai muslimah yang dikasihi,dirimu amat berharga.Hanya layak bagi yang dapat membezakan yang mana kaca dan yang mana permata.Lahirmu bukan untuk dipersia oleh mana-mana teruna.Tapi untuk dikasihi sepenuh jiwa.x0x0x0x0


Hidup bermaruah!
Assalamualaikum  sahabat-sahabat yang disayangi.
Semua kebaikan yang kita lakukan mestilah ikhlas kerana Allah.Hayatilah niat itu ke dalam hati dan bukan hanya dihafal dalam kepala.Sematkan dalam jiwa “keberkatan,akan kuburu sehabis daya”!setiap masa setiap detik dan setiap saat.Barulah kita lebih bermatlamat menjalani kehidupan seharian..Betul saya cakap  ni awak,,cubalah buat.:)
Dalam kita berbuat kebaikan jangan selalu berharap agar madu dibalas dengan madu.Dan jangan pula sedih seandainya madu dibalas dengan tuba.Sebenarnya kita sering sedih atau marah kerana ego dalam diri.Kerana rasa sentiasa betul dan kerana rasa hebat dengan diri sendiri bersarang rapi.Sebagai contoh seorang nurse berasa sangat sedih apabila dimarahi oleh seorang doktor walaupun dia tahu memang salahnya yang membuatkan doktor tersebut naik angin.Dirasakan maruahnya tercalar kerana dimarahi di hadapan pesakit.Tapi sebenarnya apa yang kita katakan maruah itu adalah ego yang bersarang dalam jiwa.Tidak pula saya katakan yang ego itu sesuatu yang tidak baik.Cuma apa yang ingin saya jelaskan di sini adalah maksud maruah yang sebenarnya yang perlu kita fahami.
Definisi maruah yang ingin saya kongsikan hari adalah harga diri kita dengan ALLAH.Bagaimana kita menjaga diri daripada terjebak dengan maksiat,bagaimana kita mempertahankan agama Allah,bagaimana kita menjadi hamba-Nya yang baik.Sekiranya kita menjaga diri kita di hadapan Allah,tidak timbul lagi isu maruah sesama manusia kerana Allah sudah menjaga maruah kita.[dipetik daripada buku padanya ada hikmah].
Walaupun kita dihina,dicaci kita tidak mudah untuk melenting  kerana apabila kita ada Allah dalam hati bermakna kita ada segala-galanya.Tapi memang sangat susah la nak buat tu.Bila ada orang bercakap kasar dengan saya pun dah cukup membuatkan saya sedih.Itulah satu lagi sifat yang saya kena kikis,,terlebih sensitif!Apatah lagi apabila ditengking.Takutnya.
Kesimpulannya sentiasalah bertanya pada diri maruah atau ego yang sebenarnya tercalar dalam setiap situasi sehari-hari.Dan selepas itu barulah putuskan wajarkan anda marah?wajarkan anda sedih?apakah tindakan yang sewajarnya diambil?.Ingat,keputusan bijak perlu diambil. Jangan biarkan orang lain terlalu mempengaruhi diri kita ya sahabat-sahabat.Kita adalah raja yang paling berkuasa  menentukan warna warni kehidupan kita.

Hem setakat ni jelah perkongsian saya pada kali ini.Tapi seperti yang saya pernah cakap,,lain orang lain definisi mereka tentang sesuatu perkara termasuklah mengenai perkataan ‘MARUAH’ itu sendiri.Assalamualaikum.
Siapakah Kita?
Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dimuliakan kerana Allah.
Alhamdulillah kerana Allah masih lagi mengurniakan kita pelbagai nikmat sehinggalah hari ini.
Tapi jangan pula nikmat Allah itu menjadikan kita semakin jauh dariNya.Teringat pula satu soalan yang diajukan oleh seorang pegawai polis  kepada seorang ustaz dalam rancangan TANYALAH USTAZ di TV 9.”Ustaz kenapakah orang yang  sentiasa bergelumang dengan maksiat dan dosa dilihat seolah-olah semakin ditinggikan darjatnya oleh Allah?Namanya semakin menjadi sebutan ,semakin tinggi dijulang?”Kalau sayalah diajukan soalan sedemikian sudah tentu ulasan panjang saya kemukakan.Tapi tidak bagi ustaz itu.Jawapannya cukup mudah.
”Kerana ALLAH sedang meninggikan tempatnya jatuh.”
SubhanAllah jawapan tersebut sangat membuatkan saya berfikir,,,,adakah saya juga tergolong dalam golongan manusia yang semakin ditinggikan tempatnya jatuh oleh Allah.Nauzubillah.
Wahai sahabat-sahabat,siapakah diri kita hari ini?
Adakah kita seorang hamba yang bersyukur?Adakah kita seorang yang menenangkan?adakah kita seorang yang penuh dengan hasad dengki?adakah kita semakin diselubungi aura-aura negatif????Siapakah kita? Awas!Anda adalah menentu siapakah diri anda.


Tapi walau siapapun diri kita pada hari ini,sebenarnya kita bermula dengan satu titik permulaan yang sama. Pada aslinya diri kita dahulu adalah hanya seorang bayi yang suci fitrahnya.Yang bebas dari dosa dan itulah diri kita yang sebenarnya.Tapi semakin kita membesar semakin banyak kepura-puraan yang menambah kepalsuan diri.Sedarkah kita yang kita ini sedang hidup dalam diri kita yang palsu?Sikap kita sering berubah dengan berubahnya persekitaran kita.Di rumah lain sikapnya.Apabila bersama rakan berubah lagi perangainya.Dan apabila bersama kekasih hati,bertambahlah topengnya.Wahai sahabat-sahabat kenapakah begitu jadinya?
Jawapannya tak lain tak bukan adalah kerana kita lebih mengambil kira penilaian manusia ke atas diri kita berbanding daripada penilaian Allah.Kita terlalu fokuskan kehidupan kita ini dalam mencari redha manusia.Matlamat memburu keberkatan ilahi  bukan lagi yang utama.Sebab itulah diri kita jadi bagaikan lalang yang ditiup angin di tengah padang.
Namun tidak salah jika kita ingin meraikan orang lain.Raikan semua orang dengan cuba lakukan apa yang mereka senangi.Tapi  dalam apapun yang kita lakukan sematkan dalam hati”keredhaan Allah akan kuburu sehabis daya”.Barulah niat dan tindakan kita tidak akan tersasar.
Oh ya satu lagi,siapakah diri kita?

Kita adalah apa yang kita fikir,kita adalah apa yang kita dengar,kita adalah apa yang kita baca  dan kita adalah apa yang kita pandang.Sebab itulah kita kena bijak memilih lagu apa yang kita nak dengar,cerita apa yang kita nak tonton,cara fikir macam mana yang nak kita fokuskan,buku apa yang kita nak baca dan sebagainya.Pokok pangkalnya semuanya bermula dengan KITA .

Tuesday 29 October 2013

Demi masa

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dimuliakan kerana Allah.
Mengapa perkataan “MAAF TERLAMBAT” sangat sinonim dalam kalangan pelajar melayu?Pernah dulu ketika saya menghadiri interaktif dakwah trainning di USM,saya bertanyakan apakah sifat ketara yang perlu diubah oleh pelajar melayu di IPT kepada seorang sahabat muallaf(cina).Lalu dia menjawab “amat susah untuk berjumpa dengan pelajar melayu yang menepati masa”.Dishhh penumbuk sebijik!Hem memang sentap la jugak sposen saya mendengar jawapan tersebut.Tergambar khilaf diri yang selalu lewat pegi kelas time pre-med dulu..Sempat dia meminta maaf takut-takut saya terasa dengan jawapan tersebut.Tapi sebenarnya sebelum saya bertanya tu sudah tentu saya telah memesan pada diri agar berlapang dada dengan apa jua jawapan yang diberi.Alhamdulillah saya amat mengambil serius dengan jawapan tersebut dan cuba mempraktikkan dalam diri supaya menepati waktu.Prinsip baru yang saya pegang adalah biar awal asal jangan lewat!hehe tapi kadangkala terlewat juga.
Akan tetapi perkara yang agak menarik dengan manusia ni adalah setiap individu mendefinasikan perkataan lewat itu dengan maksud yang berbeza-beza.Apa yang saya maksudkan adalah,sebagai contoh seandainya kelas kami pada pukul 8 jadi kami perlu menaiki bas pada pukul tujuh.Bagi saya pukul 6.55 itu sudah agak lewat tapi tidak bagi sahabat saya.(kikiki matilah kalau syu baca entri ni) Baginya pukul 6.55 itu masih terlalu awal dan 7.15 adalah waktu yang ideal untuk turun sebab dia tahu bahawa ada bas yang kedua akan menunggu.Tapi bagi saya,saya telah terlewat seandainya saya terpaksa menaiki bas yang ke 2 walaupun kami akan sampai di kampus sebelum pukul 8.Beza kan!

Manusia zaman sekarang ni memang sangat suka mendefinisikan sesuatu berdasarkan pandangan mereka sendiri.Maka lahirlah maksud yang berbeza-beza walaupun perkataannya sama.Sebagai contoh lain adalah perkataan “bercinta”.Ada remaja mendefinisikan bercinta dengan  apabila sentiasa bermesej-mesej,keluar bersama dan sebagainya.Ada pula yang mendefinasikan bercinta dari sudut yang berbeza.Beza kan!Jadi,Imam Hassan Al-Banna apabila ditanya tentang hukum bercinta,beliau memberikan jawapan yang amat bijaksana iaitu”Bercinta secara halal itu halal.Bercinta secara haram itu haram.”Jelas menunjukkan yang  cara pelaksanaan kita itulah yang menentukan kita meletakkan cinta kita itu ke dalam kelompok yang mana..Sudah tentulah semua orang inginkan cinta high class yang meletakkan ALLAH nombor satu dalam hati kan..Jadi haruslah kita membezakan dengan jelas  apakah yang dimaksudkan dengan urusan dan apa pula yang dimaksudkan dengan alasanJ