Saturday, 16 November 2013

Siapakah Kita?
Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dimuliakan kerana Allah.
Alhamdulillah kerana Allah masih lagi mengurniakan kita pelbagai nikmat sehinggalah hari ini.
Tapi jangan pula nikmat Allah itu menjadikan kita semakin jauh dariNya.Teringat pula satu soalan yang diajukan oleh seorang pegawai polis  kepada seorang ustaz dalam rancangan TANYALAH USTAZ di TV 9.”Ustaz kenapakah orang yang  sentiasa bergelumang dengan maksiat dan dosa dilihat seolah-olah semakin ditinggikan darjatnya oleh Allah?Namanya semakin menjadi sebutan ,semakin tinggi dijulang?”Kalau sayalah diajukan soalan sedemikian sudah tentu ulasan panjang saya kemukakan.Tapi tidak bagi ustaz itu.Jawapannya cukup mudah.
”Kerana ALLAH sedang meninggikan tempatnya jatuh.”
SubhanAllah jawapan tersebut sangat membuatkan saya berfikir,,,,adakah saya juga tergolong dalam golongan manusia yang semakin ditinggikan tempatnya jatuh oleh Allah.Nauzubillah.
Wahai sahabat-sahabat,siapakah diri kita hari ini?
Adakah kita seorang hamba yang bersyukur?Adakah kita seorang yang menenangkan?adakah kita seorang yang penuh dengan hasad dengki?adakah kita semakin diselubungi aura-aura negatif????Siapakah kita? Awas!Anda adalah menentu siapakah diri anda.


Tapi walau siapapun diri kita pada hari ini,sebenarnya kita bermula dengan satu titik permulaan yang sama. Pada aslinya diri kita dahulu adalah hanya seorang bayi yang suci fitrahnya.Yang bebas dari dosa dan itulah diri kita yang sebenarnya.Tapi semakin kita membesar semakin banyak kepura-puraan yang menambah kepalsuan diri.Sedarkah kita yang kita ini sedang hidup dalam diri kita yang palsu?Sikap kita sering berubah dengan berubahnya persekitaran kita.Di rumah lain sikapnya.Apabila bersama rakan berubah lagi perangainya.Dan apabila bersama kekasih hati,bertambahlah topengnya.Wahai sahabat-sahabat kenapakah begitu jadinya?
Jawapannya tak lain tak bukan adalah kerana kita lebih mengambil kira penilaian manusia ke atas diri kita berbanding daripada penilaian Allah.Kita terlalu fokuskan kehidupan kita ini dalam mencari redha manusia.Matlamat memburu keberkatan ilahi  bukan lagi yang utama.Sebab itulah diri kita jadi bagaikan lalang yang ditiup angin di tengah padang.
Namun tidak salah jika kita ingin meraikan orang lain.Raikan semua orang dengan cuba lakukan apa yang mereka senangi.Tapi  dalam apapun yang kita lakukan sematkan dalam hati”keredhaan Allah akan kuburu sehabis daya”.Barulah niat dan tindakan kita tidak akan tersasar.
Oh ya satu lagi,siapakah diri kita?

Kita adalah apa yang kita fikir,kita adalah apa yang kita dengar,kita adalah apa yang kita baca  dan kita adalah apa yang kita pandang.Sebab itulah kita kena bijak memilih lagu apa yang kita nak dengar,cerita apa yang kita nak tonton,cara fikir macam mana yang nak kita fokuskan,buku apa yang kita nak baca dan sebagainya.Pokok pangkalnya semuanya bermula dengan KITA .

No comments:

Post a Comment