Satu rasa!
Cinta adalah
satu perasaan indah yang mampu dimiliki oleh semua orang.Dan dimana
terciptannya cinta disitu rindu bermula[lirik lagu].Cinta itu hadir dengan
lahirnya sebab dan hilang dengan hilangnya sebab.Sebagai contoh seorang jejaka menyintai seorang wanita
kerana terpesona dengan kecantikannya.Disebabkan kecantikan si teruna terus
lemah.Dikatakan itulah cinta pandang pertama.Bergetar jiwa ketika bertembung
mata.Padahal itu hanyalah dijadikan terasa indah pada pandangan manusia yang sering terperdaya dengan tawaran dunia.Jangan
kamu mencintai seseorang kerana sebab yang tidak kekal.Pasti cinta itu akan
hilang apabila tiba hari mendatang.Tapi cintailah seseorang dengan ikhlas
kerana Allah sebabnya hanya Allah sahaja yang bersifat kekal.
Kasih manusia sering bermusim ,
Sayang manusia tiada abadi,
Kasih tuhan tiada bertepi,
Sayang tuhan janjinya pasti...[lirik lagu]
”Cintaku kerana agamamu.Jika hilang agama darimu maka hilanglah cintaku
padamu”Cintailah seseorang kerana agama yang ada padanya nescaya kamu
akan beruntung.
Apa guna berwajah kacak kalau baca Al-quran pun merangkak-rangkak
Apa guna berwajah cantik kalau pukul 10 pun tak celik-celik. .[petikan kata-kata novel tarbiyah].
Wahai
remaja-remaja yang sarat dengan rasa cinta,salurkan cintamu itu pada jalan yang
selayaknya.Jangan pernah mencintai insan yang tidak halal bagimu melebihi Allah
dan Rasul.Jadilah mawar berduri yang tegas dalam menjaga diri.Perhatikan setiap
gerak geri.Jangan sampai ada yang terusik hatinya mendengar bicara lembut sang
bidadari.Wahai muslimah yang dikasihi,dirimu amat berharga.Hanya layak bagi
yang dapat membezakan yang mana kaca dan yang mana permata.Lahirmu bukan untuk
dipersia oleh mana-mana teruna.Tapi untuk dikasihi sepenuh jiwa.x0x0x0x0
No comments:
Post a Comment