Tuesday, 23 September 2014

Bahagiakan dirimu

Bahagia membahagiakan.!
Cukup indah jika hidup diselubungi bahagia.Tanpa ada mehnah yang mengurangkan rasa  di jiwa.Mengapa ramai di antara kita memilih untuk hidup derita.Sedangkan bahagia tersedia di depan mata.Carilah keseronokan dalam apa jua apa  kita lakukan sebabnya jika kita membuat sesuatu tanpa keseronokan ianya pasti bertukar menjadi satu bebanan.Contohnya sebagai seorang pelajar, tanggungjawab kita adalah mencari ilmu.Bersama  kita sematkan yang belajar itu seronok .Rasailah kelazatan ilmu yang lazatnya mengalahkan KFC di Kailan..hihi jadi jangan malas-malas baca buku ya sahabat-sahabat.Dokter Fidel kata medical students kena baca buku sekurang-kurangnya 6 jam setiap hari..Jangan kata kita tiada masa untuk itu kerana ramai orang yang mampu melakukannya jadi mengapa tidak kita??Kebahagiaan akan lahir daripada rasa seronok dalam melakukan sesuatu.Ciptakan bahagia dalam menggali ilmu yang luasnya seluas lautan..
Selain daripada itu, bahagia tidak mungkin dapat dirasai bagi individu yang membiarkan sifat-sifat mazmumah bersarang kukuh dalam jiwa.Ayuh berusaha untuk mengikis sebanyak mungkin  sifat-sifat keji dalam diri supaya tersimpan ruang dalam hati kita untuk menciptakan bahagia.Janganlah terlalu mementingkan pandangan orang terhadap diri kita kerana cukup susah untuk memuaskan hati semua orang.Letakkan pandangan ALLAH sebagai penilaian nombor satu.Suka saya kongsikan rutin saya setiap pagi.Akan saya letakkan tangan pada dada sebelum keluar dari rumah dan berpesan pada diri apa matlamat hidup hari ini.Sebagai contoh,”wahai hati hari ni aku nak berakhlak dengan akhlak wanita solehah,nak tundukkan pandangan dan menjaga tutur bicara”.Tapi walaupun sudah penat memesan pada hati,tetap juga dia ingkar pada kehendak diri.Sering berbolak balik tidak lama selepas itu.Terlupa sudah matlamat yang ingin dicapai.Jadi istighfarlah dan pesan lagi pada hati agar ia kukuh tersemat dalam jiwa.

Bahagia itu ada setiap hari.Tidak kira di mana jua kita berada.Ia hanya dirasai oleh hati-hati yang mencari.Dengan petunjuk yang hakiki.Usah ragu atau sangsi.Setiap orang berhak untuk bahagia.Tidak perlulah mencari emas sebaldi.Cukuplah hiasi diri dengan sifat terpuji.Kebahagiaan pasti anda miliki..Usah mengharap kebahagiaan itu diberi.Tapi mulakan dengan menciptanya dalam diri.ayuh ciptakan bahagia dan sebarkan bahagia.Hanya orang yang bahagia dapat membahagiakan orang lain dan samalah juga hanya orang yang tenang dapat menenangkan.Ingin saya terapkan sebanyak mungkin sifat-sifat positif dalam diri supaya saya mampu menjadi sumber kekuatan pada orang lain.Insyaallah.

No comments:

Post a Comment