ASSALAMUALAIKUM SEMUA...
Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah kita masih diberi nikmat iman dan islam oleh ALLAH S.W.T dan dengan limpah kurnianya juga dapat lagi kita bernafas sehingga saat ini.
Betul tak sahabat-sahabat, jarang sekali kita bersyukur dengan nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita sehinggalah Allah menarik nikmat tersebut..?
Susah untuk kita ucapkan syukur apabila bangun di awal pagi dalam keadaan sihat tanpa dikurangkan sedikit pun nikmat .Cuba bayangkan sekiranya kita terbangun pada pagi hari dengan kehilangan satu jari..Apa agaknya reaksi kita pada masa itu??Sudah tentu meraung bagaikan orang gila barangkali.Tapi jika kita muhasabah kembali,pernahkah terdetik dalam hati kita rasa syukur dikurniakan jari yang cukup dan sempurna walaupun tidak seruncing mana??Mungkin ada yang pernah tapi pada perhitungan saya ramai yang terlupa untuk bersyukur dengan nikmat kesempurnaan tersebut..Semoga mulai saat ini kita mampu menjadi hamba Allah yang lebih bersyukur kerana sesungguhnya nikmat Allah itu tidak ternilai banyaknya.
Sebenarnya hari ini saya ingin bercerita mengenai PERISTIWA DI BUDI PENYAYANG
Setelah sekian lama Allah kurniakan nikmat sihat kepada diri saya akhirnya datang satu ujian yang membuatkan saya tersedar yang telah lama rupanya saya mendapat nikmat sihat itu..Dengan kehadiran batuk yang teruk tanpa diundang membuatkan saya tahu siapa diri saya yang sebenar.Sayalah seorang hamba yang jarang sekali mengucapkan syukur semasa sihat tapi cukup cepat melatah apabila ditimpa musibah.Astagfirullahhalazim,,,ampunkan hambaMU ini ya Allah.
Kerana keadaan batuk yang semakin galak apabila berada di tempat sejuk,akhirnya saya mengambil keputusan untuk keluar daripada dewan kuliah meninggalkan kelas fizik yang masih berbaki satu jam.Berat hati sebenarnya ingin "ponteng" tapi saya tersangat bimbang jika saya mengganggu fokus pelajar lain memandangkan batuk yang tidak henti-henti sehingga lecture asyik pandang je...
Lalu saya membawa diri duduk bersandar di sebuah kerusi batu..Terasa sakit urat-urat perut akibat batuk yang dah berlarutan selama 2 minggu..Tidak dapat dinafikan pelbagai fikiran negatif yang bermain di kepala bimbang jika terkena penyakit berbahaya tapi kata-kata doktor semalam melegakan saya.."batuk biasa je tu,,batuk ni 3 minggu pun normal lagi,it takes time to recover katanya"
Tiba-tiba ada seorang aunty tukang sapu ni lalu berhampiran saya..Saya cuba tersenyum mesra padanya.Walaupun senyuman saya tu tak semanis siti nurhaliza,,tapi the power of smile sudah cukup membuatkan aunty tu datang menghampiri dan bertanya khabar.Memang rupa saya macam orang sakit barangkali ditambah memakai baju sejuk pada waktu tengah hari bagai.
"tak sihat ke?"
"xdelah batuk2 je aunty"
"adik dah makan?"
"dah dan dah siap muntahkan semuanya sekali balik..gara2 batuk asyik termuntah je lepas makan"
"oh tunggu kejap ya,aunty pegi buat kopi panas"
Adeh,,segan den tetiba nak bagi kopi pulak nii...
"eh takpe lah aunty,,saya tak lapar pun"
tapi aunty tu tetap juga pergi buatkan teh bukan kopi sebab kawan dia cakap orang batuk xleh minum kopi..
Siap bagi biskut dan nak bagi ubat batuk yang "mujarab" lagi keesokannya,tapi saya dah xde kelas esok jadi terasa malas pula nak datang.
Hah!apa yang nak citer sangat ni,,,
Hanya kerana sebuah senyuman,,aunty tu dah jadi kawan saya.
Kesimpulannya senyumlah tak kira dia tu muslim ke,non-muslim ke,sape2 jelah..
sekian.
semoga bermanfaat!
No comments:
Post a Comment