Thursday, 13 June 2013

SEMUANYA HANYALAH BERMULA DI SINI

Assalamualaikum wahai jiwa-jiwa yang tenang...
Hari ini aku nak kongsi pengalaman yang diharapkan dapat menjadi ikhtibar buat pembaca-pembaca semua.
Aku nak bercerita bagaimana aku boleh terlibat dalam usrah,dakwah, dan AISA(persatuan Islam di AUCMS).

Memang niat di hati ingin berubah menjadi lebih baik apabila melangkah ke alam universiti..Sering aku fikir yang tempat  baru di mana tiada orang mengenali kita,kita lebih mudah untuk membuat perubahan.Mungkin betul lah apa yang aku rasa tu.Sebabnya  rasa malu untuk berubah tu mungkin dapat dikurangkan bila tiada orang yang mengenali diri kita yang sebelum ini..Agak susah untuk kita berubah di tempat yang semua orang sudah mengenali diri dan sikap kita.Tapi tidak mustahil kerana keinginan yang kuat akan mengatasi semua perasaan-perasaan negatif itu.Lebih-lebih lagi jika kita dikelilingi sahabat-sahabat yang suka mengejek.Lagi berbukit dan bergunung la rasa malu tu..Tapi,,individu yang bijak tidak akan membiarkan orang sekeliling terlalu mempengaruhi dirinya.Peganglah kata-kata ni "right is always right even though only you doing it and wrong is always wrong even though everyone doing it"..Kita mampu lakukannya jika kita letak penilaian Allah nombor satu dalam hati.Tapi masaalahnya kita sentiasa menjadikan pandangan manusia itu yang utama.Sebagai contoh; Ada seorang pemuda malu untuk menggunakan payung yang rosak(tapi masih boleh digunakan) sebab malu dengan orang lain...Wajarkah kita mengabaikan kesihatan diri demi orang lain yang memang tak kisah pun pasal kita,malahan tak kenal pun kita??(peringatan untuk saya juga, mohon jangan terasa!).

USRAH AKU YANG PERTAMA



Disebabkan aku adalah pelajar yang baru masuk college ni(AUCMS) jadi sikap skema tu masih tertanam dalam diri..Awal-awal lagi dah keluar tunggu bas untuk ke kelas.Masa tu aku dengan seorang lagi sahabat yang baru sahaja berkenalan.Kami berdua tercegat menunggu bas dengan sabar..Tapi semakin lama kami tunggu semakin ramai pula pelajar lelaki yang datang.Akibatnya kami dilingkung oleh mereka.Aku agak tidak  selesa dengan situasi itu lalu kami pun berjalan menghampiri sekumpulan pelajar perempuan yang tak dikenali yang berada agak jauh dari kedai tu.Dah memang sikap aku suka menegur orang yang tak dikenali(agak bahaya juga sikap ni kadang-kadang) aku pun menegur salah seorang daripada mereka.Aku menegur si manis yang bertudung labuh kerana yang itulah yang paling aku tertarik hati.Sempat aku bertanya "ada usrah tak kat sini?" Ya ALLAH,,,sesungguhnya engkaulah sebaik-baik perancang..si manis menjawab "esok kami ada first usrah,jom la join"  Rasanya sempat kami bertukar nombor telefon.Keesokannya,aku mengajak rumet aku untuk teman aku ke rumahnya.Aku yang suka jalan sorang-sorang ni pun takut kot jalan sorang malam-malam...Part ni agak kelakar,disebabkan itu adalah kali pertama kami pergi ke taman seri serdang tu,habis rumah cina kami round.Letih kot jalan padahal rumah dia betul-betul belakang library nursing tu.(dekat je).
Hem malam tu lah usrah kami yang pertama.Tidak banyak perkongsian daripada naqibah.Hanya sesi berkenalan dan sedikit peringatan..Agak kekok juga berada di rumah orang yang semalam baru berkenalan.Tapi demi usrah,,ada aku kisah??Semua benda aku tak kisah( selalu macam tu).Sekarang,aku dah jatuh cinta dengan usrah.Di situlah kami berkongsi segalanya.Indahnya hidup bersyariat..Tamat.

KESEDARAN DAKWAH


Beberapa hari selepas itu,aku menerima sekeping mesej daripada si manis.Dia mengajak aku untuk pergi ke satu program(ceramah).Tanpa banyak soal,aku bersetuju walaupun berseorangan kerana rumet aku balik rumah..Aku fikir si manis atau rakan-rakannya akan turut serta.Sebaliknya hanya aku seorang sahaja yang pergi.Si manis memberi no. tel akak yang akan datang mengambilku kerana naqibah aku tidak dapat hadir.Jadi aku memang betul-betul sendirian la masa tu.Takut juga sebenarnya tapi tak tahu kenapa aku tetap nak pegi jugak.Setelah agak lama menunggu,akak(sukarelawan ISMA) tu pun tiba..Akak tu bukan berseorangan rupanya tapi bersama 3 orang pelajar AUCMS yang lain iaitu akak-akak yang paling gorgeous bagi aku (kak philma,kak len dan kak nor..)Geng2 sabahan tu memang ohsem tapi pertemuan yang pertama itu sudah tentunya tidak lagi mengeratkan kami.Sesampainya disitu,,barulah aku tahu yang tajuk program tu tentang bagaimana kita hendak menjadi seorang pendakwah... ni part yang paling aku ingat "seandainya seseorang itu mendapat hidayah disebabkan kita,sesungguhnya itu lebih baik dari unta merah"......wow!betapa best ganjarannya.Tak dapat pula aku nak ulas tentang isi ceramah tu sebab hehe aku dah lupa.Tapi di situlah timbulnya kesedaran dakwah dalam diri aku...Hah<<<ni part yang aku agak bengang,,bila nak balik, kereta akak yang bawa kami tu ada anak-anak dia.Jadi tak muat la so,3 orang geng sabahan tu suruh aku balik dengan budak2 USM...sesedap KFC diorang tinggal aku terkapai2 sorang-sorang.Seriously aku rasa nak nangis(agak tak matang disitu).Tapi alhamdulillah aku selamat jugak balik,,akhirnya huhu ramai geng2 usm tu jadi kawan aku..Setiap kali  pegi program selalu juga jumpa diorang.TAMAT


JOIN AISA


Aucms Islamic Students Association (AISA)







Setelah mendapat berita yang budak2 pre-med kena berkumpul di surau untuk perlantikan AJK AISA yang baru,,aku dengan semangatnya pergi.Akhirnya aku dilantik sebagai penolong setiausaha(ni semua gara-gara kak nor)...Tapi sebenarnya aku bersyukur diberi jawatan tersebut sebab itulah medan dakwah yang paling luas kat sini..Ni standard ayat budak2 AISA "Sebenarnya saya tak nak jawatan ini pada mulanya...saya rasa saya tak layak..tapi memandangkan tiada orang lain saya terima juga jawatan ini dengan berat hati....kita jangan meminta sesuatu jawatan tapi bila diberi jawatan kita kena jalankan amanah yang diberi dengan baik"(xde la sebijik macam ni)..............Huhu apa yang aku nak cerita sebenarnya aku berbeza daripada mereka.Memang aku datang ke surau tu dengan harapan agar aku mendapat satu jawatan.Bukan sebab aku yakin yang aku mampu memiikul amanah berat tu tapi sebabnya keinginan aku untuk menjadi seorang pendakwah sangat berkobar-kobar.Aku tahu tak banyak yang aku mampu lakukan jika sendirian tapi aku memerlukan satu kumpulan manusia yang ada matlamat yang sama dengan aku barulah aku mampu bergerak.Walaupun aku sendiripun baru sahaja hendak mula belajar tapi tak salah kan pada masa yang sama aku turut mengajak orang lain..Aku cukup bimbang jika ada orang yang inginkan kebaikan kat sini tapi dia masih belum menjumpainya..Aku harap aku bukanlah seperti buih2 yang banyak tapi tak berguna.Tapi aku nak jadi manusia yang bermanfaat pada orang lain..Aku nak jadi pemimpin bagi orang2 yang beriman,,,bila mereka memandang wajah aku mengingatkan mereka kepada Allah,saat mereka mendengar patah bicara aku membangkitkan rasa cinta mereka kepada Allah dan saat mereka melihat tingkah laku aku,tergambar keindahan islam yang sebenar kepada mereka.Ya Allah,itulah impian aku.Permudahkanlah jalannya ya Allah.Tamat.



No comments:

Post a Comment