Saturday, 29 June 2013

AGENDA HIDUP

ASSALAMUALAIKUM...
Terasa ingin menulis tentang perkara yang sedang bermain di minda sekarang..semoga bermanfaat:
Cuba kita renung sejenak.
Apakah yang kita nak capai dalam kehidupan kita??
Sudahkah anda menetapkan AGENDA hidup masing-masing??
Kalau anda masih tidak punya agenda tersendiri,,AWAS kerana anda berada dalam zon yang bahaya!!
Sebabnya "Seandainya kita tiada agenda tersendiri dan ditambah dengan jika kita tidak mengetahui agenda musuh,,kita akan menjadi ulat untuk mereka menjayakan agenda mereka".
Jadi,sebagai umat Islam apakah agenda hidup kita?
Adakah hanya untuk belajar,mendapat kerjaya yang best,beli rumah,beli kereta,berkeluarga,kumpul harta banyak-banyak then matiii...?
Kalau macam tu,,baik jadi ayam je...bermanfaat la jugak kepada orang lain.Buat KFC pun best jugak.

Baik jadi ayam??
Aik,,,jadi tak boleh la kita belajar rajin2,jadi doktor,lepas tu kawin,ada anak??Tak de faedah ke semua tu?
Itukan yang semua orang impikan,,,,,

Wahai sahabat-sahabat, bukan maksud saya benda tu salah tapi kita kena bijak mengformulasikan semua pekerjaan di atas supaya ia seiring dengan tugas kita sebagai khalifah yang beragenda sebagai seorang hamba yang tugasnya mengabdikan diri kepada Allah.Untuk membebaskan semua manusia dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat. Kita juga perlu membebaskan manusia  dari penyembahan sesama manusia.
Apa pula yang saya maksudkan dengan penyembahan sesama manusia ni?

Baiklah cuba kita lihat situasi dibawah:

Manusia zaman sekarang mempunyai sudut pandang tentang kehidupan yang cukup berbeza berbanding manusia di zaman dahulu(zaman sahabat-sahabat).Apa yang menjadi kayu ukur kepada kejayaan seseorang pada masa kini??
Sudah tentu,tak lain tak bukan adalah
1)kereta apa yang dia guna
2)Rumah besar mana
3)Kerja apa
4)gaji berapa
5)Isteri berapa orang
6)aset berapa juta
7)dan banyak lagi
Hem tengoklah,manusia zaman sekarang ramai yang membuat sesuatu untuk kelihatan hebat di mata orang lain.
Betul atau tidak?
Mereka lebih senang dikenali sebagai pegawai berjawatan tinggi,berharta berjuta-juta berbanding dikenali sebagai "orang  masjid".Jika kita lihat semasa zaman sahabat-sahabat dahulu,jenis pekerjaan mereka bukanlah menjadi pokok utama yang dipandang masyarakat.Tukang kayu,peniaga,pedagang mahupun hamba dilihat sama sahaja sebab darjat bukanlah dilihat sebagi benda yang paling penting.Mereka mempunyai agenda yang lebih penting dari itu.Iaitu mengabdikan diri kepada Allah S.W.T...MATERIAL BUKAN FOKUS UTAMA!Tapi generasi kita dah terbalik pula.Pandangan manusia diletakkan lebih tinggi daripada pandangan Allah.Aiyooo,,macam mana lah umat islam ni nak menguasai dunia kalau individu muslim itu sendiri pun masih rapuh dan sibuk mencari penghormatan manusia..10 muwasafat tarbiyyah pun entah ke mana la jawabnya.


Semoga mulai saat ini kita lebih jelas tentang apakah agenda hidup kita dan agenda umat islam itu.Sama-sama kita masuk kedalam big mission tersebut dengan satu langkah pertama iaitu dengan pembentukan individu muslim.




Allah dah janjikan kemenangan kepada umat islam.YA JANJI ALLAH ITU PASTI!!Jom kita jadi sebahagian daripadanya.Apa yang kita mampu lakukan sekarang ialah ikut tarbiyyah supaya diri kita dulu menjadi seperti apa yang islam inginkan dan barulah kita mengorak langkan ke steps yang seterusnya.
Buat sahabat-sahabat saya yang dah pernah join usrah tapi dah terstop,,cubalah cari kembali..Insyaallah usrah ada je kat mana-mana.RUGI,RUGI,DAN TERSANGAT RUGI bagi orang yang berhenti daripada mengikuti tarbiyyah sebabnya proses tarbiyyah ini takkan terhenti sehingga kita mati.Perlu kita siapkan diri kita dahulu sebelum melangkah ke tangga yang seterusnya..
Semoga bermanfaat buat sahabat-sahabat saya.
sekian,,dipersilakan untuk betulkan yang mana salah.....



WALAU TAK SEMANIS SITI NURHALIZA

ASSALAMUALAIKUM SEMUA...

Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah kita masih diberi nikmat iman dan islam oleh ALLAH S.W.T dan dengan limpah kurnianya juga dapat lagi kita bernafas sehingga saat ini.

Betul tak sahabat-sahabat, jarang sekali kita bersyukur dengan nikmat yang telah  Allah kurniakan kepada kita sehinggalah Allah menarik nikmat tersebut..?
Susah untuk kita ucapkan syukur apabila bangun di awal pagi dalam keadaan sihat tanpa dikurangkan sedikit pun nikmat .Cuba bayangkan sekiranya kita terbangun pada pagi hari dengan kehilangan satu jari..Apa agaknya reaksi kita pada masa itu??Sudah tentu meraung bagaikan orang gila barangkali.Tapi jika kita muhasabah kembali,pernahkah terdetik dalam hati kita rasa syukur dikurniakan jari yang cukup dan sempurna walaupun tidak seruncing mana??Mungkin ada yang pernah tapi pada perhitungan saya ramai yang terlupa untuk bersyukur dengan nikmat kesempurnaan tersebut..Semoga mulai saat ini kita mampu menjadi hamba Allah yang lebih bersyukur kerana sesungguhnya nikmat Allah itu tidak ternilai banyaknya.

Sebenarnya hari ini saya ingin bercerita mengenai PERISTIWA DI BUDI PENYAYANG

Setelah sekian lama Allah kurniakan nikmat sihat kepada diri saya akhirnya datang satu ujian yang membuatkan saya tersedar yang telah lama rupanya saya mendapat nikmat sihat itu..Dengan kehadiran batuk yang teruk tanpa diundang membuatkan saya tahu siapa diri saya yang sebenar.Sayalah seorang hamba yang jarang sekali mengucapkan syukur semasa sihat tapi cukup cepat melatah apabila ditimpa musibah.Astagfirullahhalazim,,,ampunkan hambaMU ini ya Allah.

Kerana keadaan batuk yang semakin galak apabila berada di tempat sejuk,akhirnya saya mengambil keputusan untuk keluar daripada dewan kuliah meninggalkan kelas fizik yang masih berbaki satu jam.Berat hati sebenarnya ingin "ponteng" tapi saya tersangat bimbang jika saya mengganggu fokus pelajar lain memandangkan batuk yang tidak henti-henti sehingga lecture asyik pandang je...
Lalu saya membawa diri duduk bersandar di sebuah kerusi batu..Terasa sakit urat-urat perut akibat batuk yang dah berlarutan selama 2 minggu..Tidak dapat dinafikan pelbagai fikiran negatif yang bermain di kepala bimbang jika terkena penyakit berbahaya tapi kata-kata doktor semalam melegakan saya.."batuk biasa je tu,,batuk ni 3 minggu pun normal lagi,it takes time to recover katanya"

Tiba-tiba ada seorang aunty tukang sapu ni lalu berhampiran saya..Saya cuba tersenyum mesra padanya.Walaupun senyuman saya tu tak semanis siti nurhaliza,,tapi the power of smile sudah cukup membuatkan aunty tu datang menghampiri dan bertanya khabar.Memang rupa saya macam orang sakit barangkali ditambah memakai baju sejuk pada waktu tengah hari bagai.
"tak sihat ke?"
"xdelah batuk2 je aunty"
"adik dah makan?"
"dah dan dah siap muntahkan semuanya sekali balik..gara2 batuk asyik termuntah je lepas makan"
"oh tunggu kejap ya,aunty pegi buat kopi panas"
Adeh,,segan den tetiba nak bagi kopi pulak nii...
"eh takpe lah aunty,,saya tak lapar pun"
tapi aunty tu tetap juga pergi buatkan teh bukan kopi sebab kawan dia cakap orang batuk xleh minum kopi..
Siap bagi biskut dan nak bagi ubat batuk yang "mujarab" lagi keesokannya,tapi saya dah xde kelas esok jadi terasa malas pula nak datang.
Hah!apa yang nak citer sangat ni,,,
Hanya kerana sebuah senyuman,,aunty tu dah jadi kawan saya.
Kesimpulannya senyumlah tak kira dia tu muslim ke,non-muslim ke,sape2 jelah..

sekian.
semoga bermanfaat!

Thursday, 13 June 2013

SEMUANYA HANYALAH BERMULA DI SINI

Assalamualaikum wahai jiwa-jiwa yang tenang...
Hari ini aku nak kongsi pengalaman yang diharapkan dapat menjadi ikhtibar buat pembaca-pembaca semua.
Aku nak bercerita bagaimana aku boleh terlibat dalam usrah,dakwah, dan AISA(persatuan Islam di AUCMS).

Memang niat di hati ingin berubah menjadi lebih baik apabila melangkah ke alam universiti..Sering aku fikir yang tempat  baru di mana tiada orang mengenali kita,kita lebih mudah untuk membuat perubahan.Mungkin betul lah apa yang aku rasa tu.Sebabnya  rasa malu untuk berubah tu mungkin dapat dikurangkan bila tiada orang yang mengenali diri kita yang sebelum ini..Agak susah untuk kita berubah di tempat yang semua orang sudah mengenali diri dan sikap kita.Tapi tidak mustahil kerana keinginan yang kuat akan mengatasi semua perasaan-perasaan negatif itu.Lebih-lebih lagi jika kita dikelilingi sahabat-sahabat yang suka mengejek.Lagi berbukit dan bergunung la rasa malu tu..Tapi,,individu yang bijak tidak akan membiarkan orang sekeliling terlalu mempengaruhi dirinya.Peganglah kata-kata ni "right is always right even though only you doing it and wrong is always wrong even though everyone doing it"..Kita mampu lakukannya jika kita letak penilaian Allah nombor satu dalam hati.Tapi masaalahnya kita sentiasa menjadikan pandangan manusia itu yang utama.Sebagai contoh; Ada seorang pemuda malu untuk menggunakan payung yang rosak(tapi masih boleh digunakan) sebab malu dengan orang lain...Wajarkah kita mengabaikan kesihatan diri demi orang lain yang memang tak kisah pun pasal kita,malahan tak kenal pun kita??(peringatan untuk saya juga, mohon jangan terasa!).

USRAH AKU YANG PERTAMA



Disebabkan aku adalah pelajar yang baru masuk college ni(AUCMS) jadi sikap skema tu masih tertanam dalam diri..Awal-awal lagi dah keluar tunggu bas untuk ke kelas.Masa tu aku dengan seorang lagi sahabat yang baru sahaja berkenalan.Kami berdua tercegat menunggu bas dengan sabar..Tapi semakin lama kami tunggu semakin ramai pula pelajar lelaki yang datang.Akibatnya kami dilingkung oleh mereka.Aku agak tidak  selesa dengan situasi itu lalu kami pun berjalan menghampiri sekumpulan pelajar perempuan yang tak dikenali yang berada agak jauh dari kedai tu.Dah memang sikap aku suka menegur orang yang tak dikenali(agak bahaya juga sikap ni kadang-kadang) aku pun menegur salah seorang daripada mereka.Aku menegur si manis yang bertudung labuh kerana yang itulah yang paling aku tertarik hati.Sempat aku bertanya "ada usrah tak kat sini?" Ya ALLAH,,,sesungguhnya engkaulah sebaik-baik perancang..si manis menjawab "esok kami ada first usrah,jom la join"  Rasanya sempat kami bertukar nombor telefon.Keesokannya,aku mengajak rumet aku untuk teman aku ke rumahnya.Aku yang suka jalan sorang-sorang ni pun takut kot jalan sorang malam-malam...Part ni agak kelakar,disebabkan itu adalah kali pertama kami pergi ke taman seri serdang tu,habis rumah cina kami round.Letih kot jalan padahal rumah dia betul-betul belakang library nursing tu.(dekat je).
Hem malam tu lah usrah kami yang pertama.Tidak banyak perkongsian daripada naqibah.Hanya sesi berkenalan dan sedikit peringatan..Agak kekok juga berada di rumah orang yang semalam baru berkenalan.Tapi demi usrah,,ada aku kisah??Semua benda aku tak kisah( selalu macam tu).Sekarang,aku dah jatuh cinta dengan usrah.Di situlah kami berkongsi segalanya.Indahnya hidup bersyariat..Tamat.

KESEDARAN DAKWAH


Beberapa hari selepas itu,aku menerima sekeping mesej daripada si manis.Dia mengajak aku untuk pergi ke satu program(ceramah).Tanpa banyak soal,aku bersetuju walaupun berseorangan kerana rumet aku balik rumah..Aku fikir si manis atau rakan-rakannya akan turut serta.Sebaliknya hanya aku seorang sahaja yang pergi.Si manis memberi no. tel akak yang akan datang mengambilku kerana naqibah aku tidak dapat hadir.Jadi aku memang betul-betul sendirian la masa tu.Takut juga sebenarnya tapi tak tahu kenapa aku tetap nak pegi jugak.Setelah agak lama menunggu,akak(sukarelawan ISMA) tu pun tiba..Akak tu bukan berseorangan rupanya tapi bersama 3 orang pelajar AUCMS yang lain iaitu akak-akak yang paling gorgeous bagi aku (kak philma,kak len dan kak nor..)Geng2 sabahan tu memang ohsem tapi pertemuan yang pertama itu sudah tentunya tidak lagi mengeratkan kami.Sesampainya disitu,,barulah aku tahu yang tajuk program tu tentang bagaimana kita hendak menjadi seorang pendakwah... ni part yang paling aku ingat "seandainya seseorang itu mendapat hidayah disebabkan kita,sesungguhnya itu lebih baik dari unta merah"......wow!betapa best ganjarannya.Tak dapat pula aku nak ulas tentang isi ceramah tu sebab hehe aku dah lupa.Tapi di situlah timbulnya kesedaran dakwah dalam diri aku...Hah<<<ni part yang aku agak bengang,,bila nak balik, kereta akak yang bawa kami tu ada anak-anak dia.Jadi tak muat la so,3 orang geng sabahan tu suruh aku balik dengan budak2 USM...sesedap KFC diorang tinggal aku terkapai2 sorang-sorang.Seriously aku rasa nak nangis(agak tak matang disitu).Tapi alhamdulillah aku selamat jugak balik,,akhirnya huhu ramai geng2 usm tu jadi kawan aku..Setiap kali  pegi program selalu juga jumpa diorang.TAMAT


JOIN AISA


Aucms Islamic Students Association (AISA)







Setelah mendapat berita yang budak2 pre-med kena berkumpul di surau untuk perlantikan AJK AISA yang baru,,aku dengan semangatnya pergi.Akhirnya aku dilantik sebagai penolong setiausaha(ni semua gara-gara kak nor)...Tapi sebenarnya aku bersyukur diberi jawatan tersebut sebab itulah medan dakwah yang paling luas kat sini..Ni standard ayat budak2 AISA "Sebenarnya saya tak nak jawatan ini pada mulanya...saya rasa saya tak layak..tapi memandangkan tiada orang lain saya terima juga jawatan ini dengan berat hati....kita jangan meminta sesuatu jawatan tapi bila diberi jawatan kita kena jalankan amanah yang diberi dengan baik"(xde la sebijik macam ni)..............Huhu apa yang aku nak cerita sebenarnya aku berbeza daripada mereka.Memang aku datang ke surau tu dengan harapan agar aku mendapat satu jawatan.Bukan sebab aku yakin yang aku mampu memiikul amanah berat tu tapi sebabnya keinginan aku untuk menjadi seorang pendakwah sangat berkobar-kobar.Aku tahu tak banyak yang aku mampu lakukan jika sendirian tapi aku memerlukan satu kumpulan manusia yang ada matlamat yang sama dengan aku barulah aku mampu bergerak.Walaupun aku sendiripun baru sahaja hendak mula belajar tapi tak salah kan pada masa yang sama aku turut mengajak orang lain..Aku cukup bimbang jika ada orang yang inginkan kebaikan kat sini tapi dia masih belum menjumpainya..Aku harap aku bukanlah seperti buih2 yang banyak tapi tak berguna.Tapi aku nak jadi manusia yang bermanfaat pada orang lain..Aku nak jadi pemimpin bagi orang2 yang beriman,,,bila mereka memandang wajah aku mengingatkan mereka kepada Allah,saat mereka mendengar patah bicara aku membangkitkan rasa cinta mereka kepada Allah dan saat mereka melihat tingkah laku aku,tergambar keindahan islam yang sebenar kepada mereka.Ya Allah,itulah impian aku.Permudahkanlah jalannya ya Allah.Tamat.



Tuesday, 11 June 2013

MATANG VS TAK MATANG





Bismillahirrohmanirrohim..
Assalamualaikum sahabat2 yang dimuliakan  Allah..

Hari ni aku nak tulis mengenai matang..
Apa  ya yang dimaksudkan dengan matang?
Bagaimanakah ciri-ciri orang yang matang?
Hem,
Mengikut kamus dewan, matang membawa maksud sudah sempurna (fikirannya), menunjukkan kesempurnaan atau kedewasaan pemikiran(Mr. google)....

Terlalu umum pula definisi Mr.google tu.Mungkin kedewasaan dalam pemikiran,perlakuan,pertuturan,layanan,sikap dan sebagainya la kot.
Sebenarnya aku pun tak tahu apa yang dimaksudkan dengan matang tu.

Tapi aku sangat suka menilai orang dan melabelkan sama ada dia matang ataupun tidak.
Padahal aku sendiri pun tak tahu apa kriteria-kriteria yang aku nilai sampai aku dapat mengklasifikasikan dia tergolong dalam kalangan yang matang.
Apa yang pasti aku rasa orang yang pendiam tu lebih matang.Mungkin sebab kurang bercakap lebih menutup aib dan dapat mengelakkan kita menonjolkan kebodohan diri.

Memang banyak hikmah diam ni sahabat2,antaranya:

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah. 
2. Perhiasan tanpa berhias. 
3. Kehebatan tanpa kerajaan. 
4. Benteng tanpa pagar. 
5. Kekayan tanpa meminta maaf kpd orang. 
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal. 
7. Menutupi segala aib

Tapi jangan pula tak bercakap langsung.Nanti jadi kera sumbang pula.Eh tapi kalau x cakap langsung memang kera la kan.kuang3.Ingat<Komunikasi yang berkesan amat penting dalam kehidupan seharian.


Baca pula statement ni:

Penting untuk kita tunjukkan kematangan dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan. Baik dari segi membuat keputusan mahupun dalam berfikir dan bertindak untuk memberi keyakinan kepada ibu bapa memberi persetujuan jika kita ingin berkahwin awal.

Huhu,,, so bagi sesiapa yang nak kahwin awal tu kena cepat2 la jadi matang.
Kalau umur 20-24 itu tergolong dalam usia kahwin muda,,,jadi bagi sesiapa yang kahwin masa umur 19 dan kebawah tu betul la dikira awal sangat kan??pape jelah.....
Wajarlah ramai ibu bapa yang menentang anak2 yang ingin berkahwin awal sangat,,,mungkin mereka merasakan anak mereka belum matang..huahaha memang mak tak bagi la kalau baju pun mak lagi yang basuh dan lipat.So,balik ni kena basuh baju sendiri laaa jawabnya...malasnyaaa!

Selain daripada sifat pendiam,,aku juga suka melihat sejauh mana kematangan seseorang melalui penulisannya....Konklusinya boleh dikatakan semua remaja termasuk golongan tua sekali yang tak matang jika dinilai daripada status-status di fecebook.(termasuk status aku la tu).

Sebenarnya aku cuba untuk menulis entry2 yang matang dalam blog ni tapi bila dibaca balik macam tak matang je semuanya...Tapi malas la nak delete sebab rasanya macam ada orang yang nak baca..huhu(perasan sendiri).......Jadi bagi orang yang menilai penulisan aku ni mesti rasa aku tak matang la kot...tapi,,ada aku kisah??
Semua benda aku tak kisah.Asal aku bahagia(aik,,boleh pulak macam tu?)
Kawan aku kata tulis je apa yang nak tulis..Penulisan ni memerlukan latihan.Lama-lama nanti akan terhasil flow yang cantik..Harap-harap aku mampu menulis best macam si dia.
Rasanya macam dah lari topic ni,,baik aku stop dulu ya.Nanti semakin merapu pulak.
Seriously aku ingat nak buat entry yang ilmiah sikit hari ni tapi x jadi jugak.
Takpe lain kali boleh cuba lagi.


Bye,selamat malam warga bumi.
ALLAHUAKHBAR!!!!
~ sekian,nukilan si penulis blog yang tak berapa nak matang.

IDT3,,,JOM BERDAKWAH

Assalamualaikum..
Pada 8 dan 9 june yang lepas Persatuan Mahasiswa Islam AUCMS (AISA) menghantar beberapa peserta untuk mengikuti satu program ‘Interaktif Dakwah Training’ untuk fasa yang ke-3 yang bertempat di Institut Al-Qayyim , Mengkuang , Bukit Mertajam. Program ini berlangsung daripada 9 pagi sehingga 5 petang. Program IDT3 ini adalah lanjutan daripada program IDT fasa 1 dan 2 yang mana turut disertai oleh para pelajar daripada AUCMS di bawah kelolaan AISA sendiri.
Hari Pertama:
IDT3 ini di sampaikan oleh penceramah-penceramah yang mempunyai kepakaran dalam bidang perbandingan agama. Pada hari pertama iaitu hari sabtu (8 jun), pengisian telah di sampaikan oleh Brother Mohd Amin Yackoob . Pengisiannya adalah berkenaan ‘Fiqh Aulawiyyat’ (fiqh keutamaan). Topik ini membincangkan segala jenis hukum hakam, amal dan nilai-nilai dalam Islam. Segala perkara yang terikat dengan fiqh Al Aulawiyat ia harus didasarkan kepada prinsip mengutamakan suatu perkara ke atas suatu perkara yang lain. Justeru itu, suatu yang kurang penting tidak wajib dipentingkan. Apa yang wajar didahulukan hendaklah diketengahkan suatu yang wajar dikemudiankan hendaklah dikemudiankan, perkara yang kecil tidak wajar dibesar-besarkan, sementara perkara yang penting tidak wajar dipermudah-mudahkan terutamanya yang berkaitan dengan muallaf. Sebagai contoh situasi yang di berikan adalah apabila ada saudara baru yang hendak memeluk Islam tetapi belum bersedia untuk menghebahkan pengislamannya atas faktor-faktor tentangan daripada pihak keluarga. pada masa yang sama saudara itu masih lagi tinggal bersama keluarga yang mengamalkan cara hidup agama lamanya. Menurut kaedah fiqh Aulawiyyat, Islam membenarkan si saudara baru ini untuk tetap menyembunyikan keislamannya jika nyawanya terancam biarpun masih dengan cara hidup agama lamanya selagi keimanan dalam hatinya mengakui ALLAH itu Tuhan yang satu dan Muhammad itu pesuruh ALLAH. Sehinggalah sampai untuk suatu tempoh yang di yakini sesuai untuk si saudara baru itu mengamalkan cara hidup seorang yang Islam.
Pengisian seterusnya adalah daripada Brother Firdaus Wong Wei Hong. Beliau menjelaskan kepada para peserta IDT3 tentang bimbingan mualaf. Antara yang paling penting sepanjang membimbing mualaf ini adalah niat yang ikhlas. Selain itu, dalam mendalami dakwah yang perlu ada juga adalah ilmu. Menurut brother Firdaus, ilmu itu patut di cari, di fahami, di amal dan disebarkan. Seterusnya beliau menerangkan juga tentang sifat keperibadian yang baik seperti bersifat jujur dan berakhlak baik yang mana sifat ini menjadi cermin kepada golongan bukan Islam untuk melihat akan Islam yang sebenarnya. Sempat juga di selitkan dengan beberapa kata-kata yang begitu dalam maksudnya iaitu “tegas dalam Akidah dan luas dalam fekah” yang dipetik daripada Dr. MAZA. Seterusnya perkongsian mengenai teknik dan kaedah mengajar oleh Brother Firdaus. Menurut beliau, sebelum memulakan pengajaran perkara yang perlu dilakukan oleh setiap para pengajar adalah mempersiapkan pelajar-pelajar mereka. Tenaga pengajar haruslah menjadi seorang yang 'gempak' untuk menarik minat pelajarnya. pelajar-pelajar juga haruslah dalam keadaan diam dan tenang. para pelajar juga harus dipastikan menyediakan buku nota untuk mencatat segala isu yang di bincangkan. seterusnya , perlu memastikan keadaan sekeliling bebas daripada sebarang gangguan. Beliau juga memberikan tips yang mudah dalam menuntut ilmu dengan kata kunci 'lick & kiss'.
LICK & KISS
L- loud (kuat)
I- Intonation (Intonasi)
C- Clear (Jelas)
K- KISS (Keep It Short & Simple)
Bagi slot seterusnya, Bro Amin telah menyampai slot yang berkaitan Tauhid. Kalimah tauhid membawa pengertian mengetahui, berikrar, mengakui dan mempercayai bahawa sesungguhnya sembahan yang benar dan berhak disembah ialah Allah Subhanahu Wa Ta’ala (SWT) semata-mata. Selain daripada-Nya, sama sekali tidak benar dan tidak berhak disembah. Penghayatan kalimah itu meliputi berikrar dengan hati, menyatakan dengan lidah dan membuktikan dengan perbuatan. Beliau menjelaskan bahawa Tauhid mempunyai 3 pembahagian iaitu Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma' Wasifat. Tauhid Uluhiyyah membawa maksud beri’tiqad bahawa Allah SWT bersifat Esa, Pencipta, Pemelihara dan Tuan sekelian alam. Tauhid al-Uluhiyyah pula bermakna menjadikan Allah SWT sahaja sebagai sembahan yang sentiasa dipatuhi. Tauhid Asma Wa Sifat Mengimani dan menetapkan apa yang sudah ditetapkan Allah di dalam Al Quran dan oleh Nabi-Nya di dalam hadits mengenai nama dan sifat Allah tanpa merubah makna, mengingkari, mendeskripsikan bentuk/cara, dan memisalkan. Dalam menyampaikan risalah Islam kepada golongan bukan Isam, penekanan dalam aspek Tauhid adalah lebih penting berbanding aspek fekah.
Slot seterusnya disampaikan oleh Dr. Zainal Muhammad. Beliau menerangkan tentang definisi muallaf yang sebenarnya iaitu sesiapa sahaja yang belum memeluk Islam tetapi sudah mula untuk mendekatkan diri untuk mengenali Islam itu sendiri. Definisi yang sebenar bagi golongan yang telah lama memeluk Islam perlu diperbetulkan daripada Mualaf kepada Mukallaf. Beliau juga menerangkan berkaitan dakwah kepada Orang Asli. Dalam mendakwahi orang asli para pendakwah perlu membuat perancangan yang rapi. Beliau juga memberikan beberapa kaedah dalam mendekati dan menarik mereka. Antaranya :
Makan bersama
keluarga angkat
ziarah menziarahi
klinik kesihatan
sukaneka
pendidikan dan motivasi
gotong-royong
lawatan
Beliau juga memberikan satu kata-kata yang cukup menyentuh hati para peserta dengan mengatakan " bila
kita dapat membuka isi hati seseorang terhadap Islam itu lebih baik daripada dunia dan seisinya". Justeru, sebagai seorang yang menjalankan kerja dakwah , tugas kita hanya sebagai penyampai risalah Islam kepada golongan yang sepatutnya. Sama ada di terima atau pun tidak risalah yang di bawah itu adalah bergantung kepada hidayah yang di miliki oleh ALLAH SWT.
Hari Kedua:
Pada hari berikutnya iaitu hari ahad, program IDT3 diteruskan seperti yang dirancang dengan penceramah yang baru. Iaitu Brother Lim Jooi Soon dan Brother Kamaruzaman. Slot yang pertama dimulakan oleh Bro Kamaruzaman dengan menyampaikan slot berkaitan cabaran-cabaran dakwah kepada golongan mualaf. Selain menyampaikan Islam kepada mereka, dan cabaran-cabaran selepas pengislaman golongan mualaf. Keadaan ini menuntut golongan yang menceburi bidang dakwah ini untuk bersedia bukan sahaja dari segi fizikal dan mental malah masa , kewangan dan perlu membetulkan 'mindset' merka berkaitan hal ini. Sebagai contoh yang brother Kamaruzaman berikan adalah golongan mualaf ini akan berhadapan dengan pelbagai masalah seperti masalah daripada pihak keluarga dan kewangan. Justeru, sebagai pendakwah, seharusnya bersiap sedia untuk meng'handle' situasi yang berlaku ini tidak kira apa jua waktunya dan keadaannya. Tambah beliau lagi, dalam kebanyakan kes golongan mualaf ini akan di pinggirkan oleh keluarga masing-masing. Jadi, tugas sebagai pendakwah tidak hanya terhenti setakat mengislamkan mereka sahaja tetapi harus berterusan lebih daripada itu. Mereka haruslah di bimbing dengan baik dan dididik mengenai segala yang berkaitan dengan Islam sama ada fardu ain dan fardu kifayah seusai dengan tahap-tahap mereka. Beliau juga berkongsi pengalaman beliau sepanjang mengendalikan muallaf yang lebih daripada 50 buah keluarga. Semoga Allah merahmati beliau.
slot seterusnya adalah daripada Brother Lim Jooi Soon. Beliau memberikan perkongsian berkenaan masalah yang di hadapi oleh golongan mualaf sebelum/semasa/selepas memeluk Islam. Dalam slot ini beliau menerangkan pelbagai halangan dan cabaran yang dihadapi oleh golongan muallaf ini ketika hendak memeluk Islam yang mana halangan tersebut juga datangnya daripada orang Islam itu sendiri. Antaranya adalah 'mindset' orang Islam di Malaysia yang begitu 'asing' apabila melihat orang bukan melayu ketika memberi salam, masuk ke masjid dan lain lain lagi. Dalam pada itu, urusan birokrasi juga sering menyukarkan proses pendaftaran pengislaman golongan muallaf ini. Hal ini kerana kebanyakan kaki tangan- kaki tangan di pejabat agama kurang akan pengalaman dalam mengendalikan saudara baru ini. Sebagai contoh apabila ada saudara baru yang datang ke pejabat agama untuk mendaftarkan diri sebagai seorang yang Islam, ada segelintir pegawai yang meminta saudara baru itu sendiri untuk membawakan saksi! Walhal, saksi bukanlah satu hal yang wajib untuk memeluk Islam. Brother Lim Jooi Soon juga menambah tentang dokumen-dokumen yang diperlukan bagi pendaftaran saudara baru ini . Antaranya adalah salinan kad pengenalan, 4 keping gambar. Dalam proses itu, pihak kakitangan juga haruslah tahu bagaimana hendak menerangkan Islam dengan ayat yang mudah difahami oleh mualaf supaya mereka dapat melihat bahawa Islam itu adalah agama yang mudah. Brother Lim seterusnya menyambung lagi dengan pelbagai karenah yang diberikan oleh umat Islam kepada saudara baru ini selepas mereka memeluk Islam. Penulis merasakan cukup geram saat mendengarkan luahan daripada brother yang mana beliau turut mengalaminya.
Slot yang seterusnya di sampaikan oleh Bro Kamaruzaman yang berkisarkan proses mengislamkan saudara baru. Slot kali ini lebih menjurus kepada praktikal yang mana para peserta dikehendaki membentuk kumpulan yang terdiri daripada 4 orang. Dalam kumpulan tersebut, setiap peserta akan di beri watak menjadi saudara baru, saudara Islam, dan 2 orang saksi. Mereka akan melakukan secara serius akan proses mengucap syahadah. Peserta akan melakonkan bagaimana saudara baru ini membaca syahadah sambil bejabat tangan dan di saksikan oleh beberapa saksi.Sambil memberikan kaedah yang betul dalam proses tersebut , bro Kamaruzaman dan bro Lim turut membimbing peserta bagaimana hendak memudahkan proses itu berjalan. Bro kamaruzaman turut menambah, saudara mualaf yang hendak memeluk Islam mempunyai banyak hal yang bermain di fikiran mereka. Justeru, sebagai saudara Islam kita perlu memudahkan mereka dan memberikan sedikit penjelasan berkaitan Islam kepada mereka. Sejurus selepas slot demikian, Bro Lim membuat sedikit ucapan penutup bagi IDT fasa ke-3 ini. Harapan kepada para peserta yang datang supaya dapat berkongsikan ilmu yang diperolehi sepanjang dua hari di Institut Al-Qayyim , Bukit Mertajam ini kepada kawan-kawan yang tidak dapat datang.
Lebih kurang pukul 5.30 petang, para peserta daripada AUCMS bertolak pulang ke hostel masing-masing .

Sunday, 9 June 2013

SAYA BENCI AWAK!



Assalamualaikum,,,

Sering kita dengar yang cinta itu fitrah kan?
Tapi jangan lupa,benci itu pun fitrah juga.
Semua manusia normal pasti ada perasaan benci dalam diri.
Tapi,,kemanakah perasaan benci itu selayaknya disalurkan?
Adakah dibenarkan kita membenci orang sesuka hati?



Baca tu!!!
Hah jangan sesedap KFC nak benci orang sebab tak mustahil 
nanti lagi ramai orang yang membenci diri kita.
Sebaliknya berkasih sayanglah sesama manusia.
Cukup indah hidup ini jika yang muda disayangi dan yang tua dihormati.

Hadis :Tiada beriman seseorang sehinggalah dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya. 
Pengajarannya,,,,kasih sayang dan persaudaraan adalah sebahagian daripada iman.

Oh ya,jadi kemanakah kita nak salurkan rasa benci tu??
Jawapannya bencilah apa yang Allah benci.
Contohnya : Allah benci maksiat,,jadi kita pun kenalah benci kepada maksiat.
Jangan pula benci kepada sekujur jasad pelaku  maksiat tu.
Tapi benci maksiat yang dia lakukan.
Jangan tunding tapi bimbing,
Jangan cerca dan hina tapi doakan.
Hidayah kan milik Allah,
Tak mustahil suatu hari nanti dia jadi lebih baik dari kita.
Doakan juga semoga Allah sentiasa kekalkan hidayah dalam hati-hati kita
Rugilah kita seandainya sepanjang hidup kita,
kita berada di jalan yang lurus tapi bila tiba saat kematian,,
hidayah itu bukan milik kita lagi dan kita mati dalam keadaan berdosa sebelum sempat bertaubat.
Semoga kita semua mendapat pengakhiran yang baik,
amin,amin,amin...


Salam sayang buat yang membaca post ni:)


Saturday, 8 June 2013

INDAHNYA DISAYANGI DAN NIKMATNYA MENYAYANGI












Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali  
Kasih sayang pengikat diri

Dari kasih timbul simpati
Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana kasih ingin berbakti 
Saling sayang maaf memaafkan

Kasih sayang itu baja
Kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar
Penguat cinta penghapus duka

Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih tuhan tiada bertepi
sayang Tuhan janjinya pasti

Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada simpati tiada persaudaraan
Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada bakti tiada kemaafan

Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Kasih sayang pada semua
Kasih sayang sesama kita
Kasih sayang oh dunia
Moga selamat di akhirat sana.

Alhamdulillah ya Allah
kau anugerahkan ramai orang yang menyayangi aku.
Adik-adik aku yang so sweet
Adik??
They just like my  elder brothers actually
Diorang selalu risaukan aku
Aku rasa macam aku ni adik pula.
Kakak dah solat ke?Kakak apa nasihat untuk malam ni                                                          ?
Kakak tolong goreng keropok(ni ayat angah)
Aku paling geram bila angah paksa aku goreng keropok
Then dia makan sambil aku goreng

Bila Aidil masuk "ni je ko goreng dari tadi kakak?"
I'm stress!
Kakak bangun la,,,asyik tido jeee.
Pegi tolong mak!
They always nagging at me.
Kami sangat2 rapat mybe sebab gap setahun ja pun antara yg lain.
Sedih la pula,,sekarang dah jarang jumpa
Tak sempat pun jumpa angah sebelum dia masuk U
hehe padan muka angah dapat U kat Terengganu jugak
He must wish he get somewhere else(KL la tu)
Hem,,,,Love them olls.
Seriously adik-adik aku sweet sangat
Aku selalu merajuk dengan diorang
Tapi sekejap je
Mesti aku tergelak bila diorang pujuk
yang tak tahannya siap text aku "kakak ko dah tak comel la bila merajuuuk"

Tapi kalau dengan kawan,aku akan cuba sedaya upaya untuk tak terasa hati
Friendship is more complicated
We need to give and take
Tak boleh terlalu membesarkan perkara yang remeh-temeh..
Perlu saling memaafkan.
But what if about love??
I wish a romantic husband 
just like my brothers...
Huahahaha berangan pula
Tak kisah la romantik ke tak
as long as he puts Allah No 1 dalam hati,,,                          
Takkan ada apa yang perlu dirisaukan lagi.



Titik
Assalamualaikum                                                      

Thursday, 6 June 2013

Chlorpheniramine maleate 4 m


Purpose

Antihistamine

Uses

Temporarily relieves these symptoms due to hay fever or other upper respiratory allergies:
  • runny nose
  • itchy, watery eyes
  • sneezing
  • itching of the nose or throat
Chlorpheniramine is an antihistamine used to relieve symptoms of allergy, hay fever, and the common cold. These symptoms include rash, watery eyes, itchy eyes/nose/throat/skin, cough, runny nose, and sneezing.
This medication works by blocking a certain natural substance (histamine) that your body makes during an allergic reaction. By blocking another natural substance made by your body (acetylcholine), it helps dry up some body fluids to relieve symptoms such as watery eyes and runny nose.