Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dimuliakan kerana
Allah.
Mengapa perkataan “MAAF TERLAMBAT” sangat sinonim dalam
kalangan pelajar melayu?Pernah dulu ketika saya menghadiri interaktif dakwah
trainning di USM,saya bertanyakan apakah sifat ketara yang perlu diubah oleh
pelajar melayu di IPT kepada seorang sahabat muallaf(cina).Lalu dia menjawab
“amat susah untuk berjumpa dengan pelajar melayu yang menepati masa”.Dishhh
penumbuk sebijik!Hem memang sentap la jugak sposen saya mendengar jawapan
tersebut.Tergambar khilaf diri yang selalu lewat pegi kelas time pre-med dulu..Sempat
dia meminta maaf takut-takut saya terasa dengan jawapan tersebut.Tapi
sebenarnya sebelum saya bertanya tu sudah tentu saya telah memesan pada diri
agar berlapang dada dengan apa jua jawapan yang diberi.Alhamdulillah saya amat
mengambil serius dengan jawapan tersebut dan cuba mempraktikkan dalam diri supaya
menepati waktu.Prinsip baru yang saya pegang adalah biar awal asal jangan
lewat!hehe tapi kadangkala terlewat juga.
Akan tetapi perkara yang agak menarik dengan manusia ni
adalah setiap individu mendefinasikan perkataan lewat itu dengan maksud yang
berbeza-beza.Apa yang saya maksudkan adalah,sebagai contoh seandainya kelas
kami pada pukul 8 jadi kami perlu menaiki bas pada pukul tujuh.Bagi saya pukul
6.55 itu sudah agak lewat tapi tidak bagi sahabat saya.(kikiki matilah kalau
syu baca entri ni) Baginya pukul 6.55 itu masih terlalu awal dan 7.15 adalah
waktu yang ideal untuk turun sebab dia tahu bahawa ada bas yang kedua akan
menunggu.Tapi bagi saya,saya telah terlewat seandainya saya terpaksa menaiki
bas yang ke 2 walaupun kami akan sampai di kampus sebelum pukul 8.Beza kan!
Manusia zaman sekarang ni memang sangat suka mendefinisikan
sesuatu berdasarkan pandangan mereka sendiri.Maka lahirlah maksud yang
berbeza-beza walaupun perkataannya sama.Sebagai contoh lain adalah perkataan “bercinta”.Ada
remaja mendefinisikan bercinta dengan apabila sentiasa bermesej-mesej,keluar bersama
dan sebagainya.Ada pula yang mendefinasikan bercinta dari sudut yang berbeza.Beza
kan!Jadi,Imam Hassan Al-Banna apabila ditanya tentang hukum bercinta,beliau
memberikan jawapan yang amat bijaksana iaitu”Bercinta secara halal itu halal.Bercinta
secara haram itu haram.”Jelas menunjukkan yang cara pelaksanaan kita itulah yang menentukan
kita meletakkan cinta kita itu ke dalam kelompok yang mana..Sudah tentulah
semua orang inginkan cinta high class yang meletakkan ALLAH nombor satu dalam hati
kan..Jadi haruslah kita membezakan dengan jelas
apakah yang dimaksudkan dengan urusan dan apa pula yang dimaksudkan
dengan alasanJ