Suka aku kongsikan pengalaman join perarakan sempena maulidur rasul di Padang Kota Lama.
Disebabkan memang habit aku suka menegur orang yang tak dikenali,,di situlah aku berkenalan dengan syahirah.
Aku pun tanya dia "kenapa saya rasa saya hanya dapat penat dan letih je sepanjang berarak tu?kenapa saya rasa jiwa saya ni kosong?"Jawabnya sebab aku ni tak de sentuhan rohani(kasih sayang dan cinta Rasulullah).
Kenapa aku xdapat rasakan kasih sayang Rasulullah sedangkan kasih sayang dan cinta baginda tersangat besar terhadap umatnya?
Kenapa??
Aku tanya lagi "macam mana nak dapatkan sentuhan rohani awak?"
Jawapannya berselawatlah kamu sehingga kamu menjumpai orang yang mampu memberi sentuhan rohani kepada kamu...
Betul la aku ni memang jarang berselawat pun.Sebab tu la bila disebut Rasulullah tak rasa apa2 pun.
Sepatutnya,sebenarnya apabila disebut Rasulullah bergetar hati dan jiwa.Tapi kita tak rasa apa-apa pun.Bahkan perasaan lebih teruja apabila disebut Siti NurHaliza(aku lah peminat dia tu,,tapi xde la fanatik pun)..JOM kita lazimkan berselawat keatas Rasulullah agar kita tergolong dalam golongan yang mendapat syafaat baginda...............
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ
No comments:
Post a Comment