Wednesday, 29 May 2013

Fleksibel




Pada pendapat aku la kan,,
dalam sesetengah situasi kita perlu menjadi fleksibel
Yang paling penting dalam kehidupan seharian kita adalah fleksibeliti dalam pergaulan.
Normal la tu,kita akan lebih suka atau cenderung untuk bergaul dengan orang yang sama fitrah dengan kita,
yang memahami kita dan yang suka buat apa yang kita suka.
Tapi untuk sebarkan dakwah dan keindahan Islam kita perlu bergaul dengan semua jenis orang
Perlu kita tonjolkan akhlak yang baik kepada mereka.
Tapi bagaimanakah caranya untuk mendekati mereka??

Try lah cuba untuk ikut rentak mereka selagi tak melampaui batas.
Bak kata lain,layan je la.
kalau mereka suka baca komik so,sembangla pasal komik

walaupun kita xpenah pun baca komik.
Jangan biarkan mereka rasa ada gap dengan kita.
Cuba buat mereka selesa berkawan dengan kita.
Insyaallah anda mampu.




Betul la kot kata2 ni:
Untuk membersihkan tempat yang penuh dengan najis
kita perlu masuk ke dalam tempat tersebut
Tapi awas!!
mungkin sedikit sebanyak najis tu akan tercalit kat badan kita.

Najis tu busuk right??
so,cepat2 la bersihkan kalau rasa2 dah terkena tu.
#tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah.Allahuakhbar!








Thursday, 16 May 2013

Naruto!!!




Pakcik baca buku kisah Khalid Al walid??
biar betol?
Terkejut aku tengok.
Biasanya komik la yang menjadi santapannya.
Terutamanya Naruto.
Kenapa pakcik aku dah berubah ni?
Dah matang pun dia.
Banyak jugak dia berubah.
Dah tak baca komik,tak pegi mengail dan tak main game sampai pagi
Rupa-rupanya,,,,krik3
dia dah nak jadi seorang bapa.
Isteri dia pregnant rupanya.
Ptotla berubah 90 darjah.
Harap-harap konsisten la noh.
Yg xleh bla nya, isteri dia ustazah dia pulak pemain game dan pembaca komik tegar!!
Hem kalau dah jodoh.
Sekarang ni dah selamat pun makcik bersalin.
Baby boy..
Moga-moga kuah tak tumpah ke nasi.
Eh tapi membazir la pulak kalau kuah tumpah ke tanah..
WHATEVER!
*P/S bukan senang seorang lelaki ni nak berubah.Ramai yang kata nak berubah lepas kawin.Tapi persoalannya,jolo ko?
                  Inilah Hafidz Hilmi...Semoga dia jadi anak yang soleh..amin

Wednesday, 15 May 2013

LAGU SEDAK BENGE



PERMAISURI HATIKU

Di antara kekasih pilihan di hati
Punyai budi penghias diri
Wajahnya lembut biasan pekerti yang tinggi
Indahnya perhiasan duniawi
Di antara diriku jua dirimu
Hanya mengharap cinta yang satu
Ku binakan mahligai impian mu
Oh sayang ikhlaskanlah hati mu
Malumu bernilai
Katamu berhikmah
Hatimu tulus suci dan murni
Hanya diri yang halal
Engkau serahkan segala
Untuk mencari redha Ilahi
Benarlah! cinta buta melalaikan
Tanpa memikirkan batas syariatnya
Semuanya itu hanya ujian di dunia
Ia adalah mahar untuk kita ke syurga
( korus )
Kau permaisuri di hatiku
Di dunia ini kau penghibur
Menjunjung kasih amanah Ilahi
Ku cuba akan terus menyayangi
Terima kasih ucapan ku beri
Kau hadiahkan ku cahaya hati
Ku pimpin tanganmu oh kasih
Meniti hari
Semoga kita dapat bersama
Sampai kepadanya
Di syurga sana
Tuhan kekalkanlah
Permaisuri hatiku
Untuk menemani
Dalam menggapai cintamu

Tuesday, 14 May 2013

Perarakan Paling Best Bersama AISA..




















Suka aku kongsikan pengalaman join perarakan sempena maulidur rasul di Padang Kota Lama.

Disebabkan memang habit aku suka menegur orang yang tak dikenali,,di situlah  aku berkenalan dengan syahirah.

Aku pun tanya dia "kenapa saya rasa saya hanya dapat penat dan letih je sepanjang berarak tu?kenapa saya rasa jiwa saya ni kosong?"Jawabnya sebab aku ni tak de sentuhan rohani(kasih sayang dan cinta Rasulullah).

Kenapa aku xdapat rasakan kasih sayang Rasulullah sedangkan kasih sayang dan cinta baginda tersangat besar terhadap umatnya?
Kenapa??
Aku tanya lagi "macam mana nak dapatkan sentuhan rohani awak?"
Jawapannya berselawatlah kamu sehingga kamu menjumpai orang yang mampu memberi sentuhan rohani kepada kamu...
Betul la aku ni memang jarang berselawat pun.Sebab tu la bila disebut Rasulullah tak rasa apa2 pun.

Sepatutnya,sebenarnya apabila disebut Rasulullah bergetar hati dan jiwa.Tapi kita tak rasa apa-apa pun.Bahkan perasaan lebih teruja apabila disebut Siti NurHaliza(aku lah peminat dia tu,,tapi xde la fanatik pun)..JOM  kita lazimkan berselawat keatas Rasulullah agar kita tergolong dalam golongan yang mendapat syafaat baginda...............

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ























                                       

Monday, 13 May 2013

TUDUNG OH TUDUNG

TIPS Awal Sebelum Bertudung Labuh...

1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.


3) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.

4) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.

Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^

5) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.

6) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata. 



Sempat lg aku mengcopy benda ni,,padahal esok banyak test(2 je pun)...Takot jugak aku baca tips ni.Banyak steps yang aku tak ikot.Main terjah je tukar pakai tudung labuh berjahit terus..Ya allah janganlah kau bolak-balikkan hati aku ni setelah engkau kurniakan hidayah..amin,amin,amin....okey sambung hafal nama2 bacteria pulak.kan senang kalau bagi nama bacteria tu minah ke joyah ke,konfem aku ingat..tapi takpe la bagi nama salmonella,yersinia,lengionella pun insyaallah boleh ingat..#tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah.... assalamualaikum

Ehem,,ehem....


  




" guru, bagaimanakah kita mahu memilih pasangan hidup yang sempurna? dan baik untuk kita?"

maka guru tersebut terdiam sejenak... menelek cara apa yang harus diterangkan pada anak muridnya agar dia faham tentang erti kesempurnaan yang sedang dicarinya itu

"kamu lihat ke padang itu"
tunjuk guru pada anak muridnya itu

"kamu pergi berjalan disepanjang padang itu, dan carilah kamu rumput yang paling cantik dan jangan kamu berpaling ke belakang, selagi kamu tidak sampai ke hujung padang"


maka anak murid itu dengan patuh pergilah berjalan disepanjang padang tersebut. mencari rumput yang paling cantik dimatanya. namun setelah hampir setengah padang masih tiada rumput yang dipetiknya...
akhirnya sampailah dia ke hujung padang tersebut.

akhirnya anak murid itu kembali ke gurunya dengan tangan kosong. bertanyala si guru tersebut

"mengapa tiada satupun rumput yang kamu petik?"

anak murid itu pon menjawab
"sebab terlalu banyak rumput yang cantik. apabila saya tengok satu rumput, kemudian ada lagi rumput yang lagi cantik. tapi apabila sudah sampai di hujung padang, saya tak dapat petik satupun rumput. hendak berpatah balik tetapi kata guru tadi saya tidak boleh menoleh ke belakang. jadi tak bolehlah saya memetik rumput yang cantik tu"

si guru hanya tersenyum kecil....

"anak ku, begitulah juga ibaratnya kehidupan ni. setiap kali kita bertemu yang cantik, yang indah, yang baik pasti kita akan kemudiannya ternampak lagi yang lebih baik.... namun akan tiba satu saat apabila kita sudah melepasi sesuatu saat , kita takkan ada peluang untuk kembali."

anak murid itu termenung memikirkan kata-kata gurunya itu
sambung guru terbabit
"adakalnya kita perlu bersyukur dan menerima apa yang telah ditetapkan untuk kita. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita" 

kata guru itu lagi dan berlalu meninggalkan anak muridnya untuk berfikir tentang kata-katanya itu.

Saturday, 11 May 2013

Ceramah Ustaz Kazim

assalamualaikum...

         

Betol,,, tak menyesal langsung menghadiri ceramah ustaz kazim semalam.Hehe sebenarnya aku tertarik dengan tajuk dia..."APA ITU CINTA?" Wah2 tajuknya sudah cukup untuk mengheret aku ke sana tanpa berfikir sampai 10 kali.Remaja dan Cinta adalah sesuatu yang memang susah untuk dipisahkan..Tapi jangkaan aku jauh sekali meleset rupanya..ingatkan ustaz ingin berbicara mengenai cinta biasa tapi sebenarnya ustaz berbicara tentang cinta yang jauh luar biasa..cinta yang membawa ke syurga.Tak lain tak bukan CINTA KEPADA IBU BAPA..Sangat tersentuh hati ini tatkala berbicara mengenai kasih ibu.Sampai menagis tersedu-sedu aku kat situ.

Tiba-tiba makcik sebelah bukak handbag bagi tisu..Terok sangat ke aku menangis sampai makcik tu bagi tisu??mak oi malunya.....Ok sambung,,,,,Disebabkan anak, si ibu boleh jadi jahil.Disebaban anak,seorang ibu boleh jadi kedekut.Jahil dan kedekut yang macam mana sebenarnya yang cuba ustaz sampaikan ni??Pelik jugak aku,lalu aku sambung dengar lagii.
oo0ohh rupanya kerana seorang anak yang masih kecil si ibu sanggup tidak turut serta ke majlis ilmu kerana bimbang si anak merengek tidak selesa.
Dan juga kerana dia juga tahu yang anaknya akan pulang dari asrama hari ni,dia tak jadi nak bagi bubur lambuk(favourite aku) kepada jiran sebelah..itulah maksudnya.hehe tapi contoh situasi tu aku yang memandai buat..Memang besar pengorbanan seorang ibu ni sahabat-sahabat.


        Baru-baru ni 2 orang makcik aku selamat bersalin.Dua-dua baby boy(harap-harap polite sikit,kalau ganas macam askar-askar wataniah yang sedia ada ni memang pecah la rumah nenek aku)....Aku tanya la sakit ke tak dia jawab "hilang semua rasa sakit lepas tengok baby tu"..Ya Allah sampai macam tu skali,setahu aku sakit beranak ni memang sakit la kan..Takutnya!!!!!!!!!!!!!Istimewanya wanita ni siap ada tempat untuk baby membesar lagi dalam perut dia.Terima kasih Allah kerana jadikan aku seorang wanita


...Subhanaallah,alhamdulillah,Lailahaillaah,Allahhuakbar....

x0x0x0x0x0:D